Friday, June 18, 2010

Adakah CINTA anda pada Nabi SAW seperti LELAKI ini?



Mungkin anda juga ada video yang menarik dan hendak dikongsikan? Tinggalkan komen anda beserta url untuk kami letakkan dalam blog ini.. Ayuh, kongsikannya! ;)

KPM juga ada blog sendiri?

Sejajar dengan perkembangan semasa dunia teknologi terkini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini telah mengorak langkah ke era "Blogging". Mungkin ramai di kalangan kita selaku para pendidik masih belum mengetahui perkembangan ini. Bagi memudahkan pengunjung "Great Murabbi" untuk ke blog tersebut, bolehlah klik imej di bawah. Selamat melayari blog KPM!


p/s: Anda juga boleh klik pautan Blog Rasmi KPM di bawah "Pautan Keguruan" di bawah blog ini untuk di'link'kan ke blog tersebut. ;)

Thursday, June 17, 2010

Tahniah.. Lagi Ucapan Selamat Pengantin Baru!

Alhamdulillah, pada awal Jun yang lepas telah berlangsungnya perkahwinan salah seorang warga Alumni PISMK OUM PI iaitu Ustaz Firdaus Saad dan pasangannya, Ukhtie Sakinatul Mawaddah yang kini masih lagi menuntut di IPG Kampus Pendidikan Islam (bakal bergelar ustazah, insya Allah!) Mungkin agak terlewat untuk memaparkan berita gembira ini buat pengunjung blog "Great Murabbi", namun kami tetap mendoakan agar kedua-dua mempelai ini akan berbahagia hingga ke akhir hayat, Insya-Allah.. ;)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
(Surah Ar-Rum: Ayat 21)

Friday, June 4, 2010

Cuti sekolah datang lagi!

Tentunya cuti sekolah merupakan saat yang dinanti-nantikan oleh guru-guru.. mungkin lebih 'excited' daripada murid-murid! Oleh itu, sempena dengan kelapangan yang ada, sukacitanya dijemput kepada warga untuk sama-sama meng'update' blog rasmi Alumni dengan apa jua bahan yang boleh dimanfaatkan bersama bagi memeriahkan blog ini.. 'bekas tangan' dari warga Alumni sendiri adalah sangat dialu-alukan.. semoga blog ini akan terus hidup di masa akan datang.. akhir sekali, selamat bercuti, cikgu! ;)

NUTP mahu peruntukan guru kerja Sabtu dihapuskan


KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) memohon Kementerian Pelajaran mengkaji semula Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/2005 dan memansuhkan peruntukan yang membenarkan guru bekerja dua Sabtu setiap bulan.

Presidennya, Hashim Adnan, berkata guru juga perlu mendapat lima hari bekerja seperti penjawat awam yang lain dan mendapat hak yang sama rata seperti mereka.

Beliau berkata, NUTP mendapati ramai guru dipanggil bekerja, mengikuti kursus dan sebagainya pada Sabtu.

"Pendirian kami (NUTP) masih tetap mengikut pekeliling yang lama iaitu kerja dari hari Isnin hingga Jumaat sahaja. Sekiranya berlaku (bekerja) hari Sabtu, kita rasa kita kaum pendidik seolah-olah dianaktirikan," katanya pada sidang media di Wisma NUTP di sini hari ini.

Turut hadir Setiausaha Agung NUTP, Lok Yim Pheng.

Hashim berkata, NUTP juga mahu kerajaan melihat secara serius mengenai isu penjawat awam wanita yang melahirkan anak keenam dan seterusnya, tidak menikmati cuti bersalin malah langsung tidak ada cuti bersalin.

Beliau meminta supaya penjawat awam yang melahirkan anak keenam dan seterusnya, diberi cuti bersalin yang sama seperti penjawat wanita yang melahirkan anak pertama.

"Kalau seorang wanita tidak diberi cuti bersalin 60 hari (masa ini) apabila dia melahirkan anak keenam, dia akan mengambil cuti seminggu, dua...kemudian bekerja semula.

"Ini akan menjejaskan kesihatannya. Dia ambil cuti tanpa gaji bermakna tiada pendapatan. Kenapa kita perlu bertindak sebegitu," katanya sambil menyokong sepenuhnya perjuangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain untuk pekerja wanita harus diberi 90 hari cuti bersalin.

Sementara itu, Hashim juga berkata NUTP tidak menyokong cadangan mensyaratkan guru memiliki lesen perguruan bagi meningkatkan integriti dan kualiti pendidikan.

Beliau berkata, perkara itu akan membebankan guru dan ia akan membabitkan kos yang amat tinggi. - Bernama

(Sumber dipetik daripada laman sesawang Berita Harian Online bertarikh 1 Jun 2010)

Tuesday, June 1, 2010

Tahniah dan Selamat Pengantin Baru!

Di kesempatan ini, kami dari warga ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Ustaz Mohamad Syuhill bin Soid dan pasangannya Nur Qurratu'Aini binti Mohd Rodzi yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada Isnin, 7 Jun 2010. Juga kepada Ustaz Ahmad Munsif bin Ismail dan pasangan, Ustazah Norsyahidah binti Muzakir yang akan mengadakan Majlis Sambut Menantu pada Sabtu, 5 Jun 2010.

"Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat"
(Doa Nabi SAW pada hari pernikahan puteri baginda Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib)

Pada entry ini juga, tahniah diucapkan kepada Ustaz Ridhiallah bin Hanifha dan isteri serta Ustazah Noor Nasuha binti Mohd Najib dan suami atas kelahiran cahaya mata sulung mereka, Ahmad Hakim bin Ridhiallah dan Nur Faqihah.

Doa Nabi Ibrahim 'alaihis salam, "Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh" (QS. Ash-Shafat: 100).

p/s: Kepada sahabat-sahabat khususnya yang telah mengikat tali pertunangan, jangan lupa jemput kami ke majlis walimah nanti ya!