Monday, March 8, 2010

Harapku moga tidak gugur prinsip yang kita semua pegang selama ini.Mudah-mudahan

P/S : Artikel ni cetusan debu86, jika ada yang silap itu kesilapan debu86 sendiri dan bukan merujuk kepada mana-mana ALUMNI PISMK-OUM Pengajian Agama( 2004-2009). Yang benar itu ; benarlah. Jika yang salah contentnya tu; silalah komen kat blog http://debu86.blogspot.com. Jangan komen kat blog ni tau. Ni blog kelas.

Artikel yang lahir dalam blog kelasku ni; adalah cerita yang nak dikisahkan apabila kita di alam sebenar nanti. Alam sebenar=alam pekerjaan. Di mana tak semua orang paham seperti yg kite paham. Dan kena cari kekuatan. Tak kira kekuatan tu datangnye dari mana.

Sahabat yang dikasihi lagi aku rindu:

Cuba kita nilai. Kita rasa kita kuat atau kalah dengan rentak yang orang lain mahu? Adakah kita telah mengorbankan prinsip diri kita sendiri. Sama2 muhasabah. Jangan malu dengan prinsip kita. Menutup aurat adalah style ku. Kerana itu yang Allah mahu kita buat. Taat pada DIA. Kena taat pada manusia juga, tapi jika sudah masuk atau baru nak-nak masuk dalam 'daerah' maksiat, maka ketaatan itu 'terbubar' sama sekali. Tiada ketaatan dalam hal maksiat. Jelas. Perintah ni sama saja kat semua; sama ada mak ayah, pemimpin negara, suami dan kat semua orang yang menjadi pemimpin.

Suami yang tiada maruah

Begitu juga bagi isteri-isteri, tidak sesekali patut taat pada suami jika suami menyuruh agar memperlihatkan rambutmu pada lelaki lain. Suami yang bangga bila orang kata "Ali, isteri kau cantik la, rambut ikal mayang betul".. Itu lelaki yang tiada maruah. Tidak rasa apa-apa bila orang lain melihat 'apa yg dia seorang saja boleh tengok'. Apa yang hak dia seorang.

Kes yang sama bagi anak-anak jika ibu ada memesan 'tak payahlah nak dakwah-dakwah sangat (pakai tudung labuh atau tudung besar). Sebagai anak yang soleh, kita ada adab yang perlu dijaga tatacaranya apabila berdepan dengan ibu kita sendiri. Berlemah lembut dengan si ibu tadi. Jawab perlahan-lahan. Apa-apa pegangan atau fikrah yang kita tidak sama dengannya; dia tetap ibu yang susah mengandung dan mengorbankan nyawa melahirkan kita.

Pemimpin yang mengejar madiah dan kurang mengutamakan agama sebagai prioriti @ prinsip kepimpinannya

Tidak perlu taat jika dalam hal yang maksiat. Pemimpin yang baik akan menjaga segala aspek untuk manfaat rakyatnya. Tidak hanya mengejar dunia bahkan mencari akhiratnya juga seiring.

Dan tiba pula diri kita : nak gugurkan prinsip atau tegakkan prinsip

Aku percaya ramai kawan2 yang masih kuat berpegang dengan prinsip agama yang dipegang semasa di alam kampus dan membawanya sehingga ke hari ni. Tahniah. Moga sentiasa 'memekakkan' telinga pada suara-suara 'kejam' yang kurang senang dengan prinsip yang kalian pegang.

Aku juga. Jangan pandai cakap saja tapi xberani nak buat seperti yg kau cakap tu.

Tegakkan Islam dalam diri.

Menegakkan islam di dalam diri melalui pakaian, percakapan ternyata banyak dugaannya. Orang yang tak faham seperti yg kita faham akan banyak memandang pelik pada kita. Seolah-olah kita buat salah yang besar sangat! Kerana kita golongan minoriti.

Aku jenis kadang2 memikirkan ape yang orang akan kata kat aku. Jangan camtu. Kalau kita mencari redha manusia dengan cara yang Allah sesekali tidak redha; kita tak akan dapat apa2.

Saya mencari redha Allah. in sya Alah.

Kita mahu ikut 'mereka' atau mahukan redha Allah dengan taat pada perintahNya. Seperkara yang kita perlu tau; kita tak dapat puaskan semua hati manusia. Lagi pun apa guna jika kita memuaskan hati dan juga menutup 'mulut' mereka dengan mengikuti cara mereka.

Kita dengan cara kita.

Adakah kita mahu orang senang dengan kita dengan cara kita perlu ikut rentak mereka.

Kita dengan rentak kita.

Jangan gadaikan prinsip semata-mata mahukan redha manusia. Redha manusia kita akan dapat; tapi kat dunia je lah.

Tapi redha Allah kepada kita di dunia ni in sya Allah kekal sampai ke syurga. Syurga adalah destinasi kita.

Dan debu86, soalan utk kau; apa yg kau dah buat utk dapat syurga tu?

Perkara yang benar adalah perkara yang bila kita buat tu kita rasa tenang. Sekali-kali takde rasa bersalah masa tengah buat benda tu. Betul la. Benda yang baik bila kita buat kita rasa tenang. Sangat2 tenang.

Yang penting; prestasi kita.

Harap2 prinsip ditegakkan dan prestasi juga melonjak dengan kejayaan. Itqaan mean tekun. Ni yang Rasulullah pesan kepada kita umat yang Baginda sangat sayangi hingga akhir nyawa Baginda sayang itu masih ditumpahkan. Hingga destinasi kita; syurga. In sya Allah.

Cabaran dalam mentaati perintah Allah.

Debu86 menulis bukan untuk suka2, ini bukti kepada janji yang debu86 suruh 'tanam' pada diri. Mesti buat artikel. Menyampaikan adalah tugas kita yang mengaku beriman dengan Allah.

WALLAHUA'LAM

Terjemahan :
a. Madiah : Kebendaan, materialistik
b. Itqaan : Tekun

Posted by : http://debu86.blogspot.com
Location : Bilik guru sekolah ku

****
Rindu2 kat MPI yang sudah kutinggal 3 bulan waktunya..