Friday, December 31, 2010

Selamat Tahun Baru 2011



Tatacara Pengesahan Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran

Sebagai panduan pegawai perkhidmatan pelajaran, berikut dipaparkan pekeliling yang mengandungi tatacara pelaksanaan Pengesahan Dalam Perkhidmatan berdasarkan Peraturan 27(3) Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.



Berikut pula merupakan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 6/1990: Kelemahan Calon-calon dalam Urusan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan untuk Tujuan Lantikan ke Jawatan Tetap Perkhidmatan Pendidikan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Bagi mereka yang hendak ditemuduga oleh SPP, pekeliling ini dapat dijadikan garis panduan persediaan temuduga yang sangat berguna. Bagi mereka yang baru dilantik ke perkhidmatan pendidikan, temuduga SPP merupakan salah satu proses yang perlu dilalui untuk sah lantikan seterusnya sah jawatan kelak. Semoga pekeliling ini dapat dimanfaatkan dan selamat maju jaya!

Friday, December 24, 2010

Tarikh Pembayaran Gaji Kakitangan Awam 2011

TARIKH PEMBAYARAN GAJI 2011

Jadual Hari Kelepasan Persekutuan dan Negeri 2011

Jadual Hari Kelepasan Persekutuan Dan Negeri 2011

Takwim Persekolahan Sesi 2011

Takwim Persekolahan Sesi 2011

Tips meletakkan dokumen (SCRIBD) di dalam blog. Ikut langkah berikut:

1. Daftar akaun di SCRIBD.
2. Muatnaik dokumen anda. (Supported:Microsoft Office/PDF/Open Office/Text]
3. Pilih fail/dokumen daripada komputer anda dan klik butang UPLOAD.
4. Beri penerangan tentang dokumen anda (categories/description/make it private) dan klik Save Changes.
5. Kongsikan dokumen anda (ini yang paling penting) - cari butang Embed Code dan klik butang Copy.
6. Log in ke dalam Blogger Dashboard > New Post > in Post body/content (edit HTML mode) dan paste code tadi.
7. Selesai dan selamat mencuba!

[Supported File Types: doc, docx, ppt, pptx, pps xls, xlsx, pdf, ps, odt, odp, sxw, sxi, txt, rtf]

Akaun 'Great Murabbi' @ Facebook dan SCRIBD


Sukacita dimaklumkan bermula 24 Disember 2010, secara rasminya satu akaun baru di Facebook atas nama 'GreatMurabbi Pismk' telah dibuka sekaligus menjadi admin bagi Group Alumni PISMK OUM Pendidikan Islam IPGM yang sedia ada. Selain itu, satu akaun SCRIBD juga telah dibuka bagi memudahkan perkongsian bahan. Oleh itu tanpa segan silu, kami menjemput pengunjung blog 'Great Murabbi' terutamanya sahabat-sahabat untuk 'add as friend' di facebook (klik badge di bahagian kanan blog) dan menjadi follower di SCRIBD. Terima kasih!

p/s: Bagi rakan-rakan kelas yang ingin log in, username dan password yang digunakan untuk 'log in' ke account Facebook dan SCRIBD adalah sama dengan username dan password blog ini. Detail, sila hubungi Ustazah Norsyahidah Binti Muzakir atau Ustaz Ahmad Munsif Bin Ismail.


Monday, November 8, 2010

SALAM AIDILADHA 1431 H


Sabda Rasulullah SAW, mafhumnya:
Sesungguhnya Allah menggantikan untuk kamu yang lebih baik
daripada keduanya iaitu Aidiladha dan Aidilfitri.

(Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai)

Sunday, November 7, 2010

Jemputan Walimatul Urus Sahabat-sahabat PISMK


Mohd Firdaus Bin Adam & Nurul Wahida Binti Ishak
Sabtu, 20 November 2010
12.00 tengahari - 6.00 petang
Kubor Panjang, Kedah


Engku Afizan Bin Engku Halim & Siti Husna Binti Yahya
Sabtu, 27 November 2010
12.00 tengahari - 6.00 petang
Alor Setar, Kedah


Firdaus Bin Saad & Nurul Sakinatul Mawaddah Binti Ahmad Marzoki
Sabtu, 4 Disember & Ahad, 5 Disember 2010
11.00 pagi - 6.00 petang 11.00 pagi- 4.00 petang
Kupang & Yan, Kedah


Mustakim Bin Ahmad & Thuaibatul Aqmar Binti Md Sadakah
Ahad, 5 Disember & 18 Disember 2010
11.00 pagi - 5 petang / 12.00 tengah hari - 5 petang
Johor Bahru, Johor & Gerik, Perak

"Barakallahu laka wabaaroka 'alaika wa jama'a bainakumaa fil khoir.."
(Semoga Allah memberkatimu dan meletakkan keberkatan ke atasmu serta
menghimpunkan kedua kamu dalam keberkatan)

Thursday, October 14, 2010

Tahniah!

Warga Alumni ingin mengucapkan tahniah kepada Ustazah A'sah Binti Idris atas kelahiran cahaya mata sulung beliau, Adam Thaqif Bin Mazwan pada 11 Oktober 2010 yang lepas.. Semoga cahaya mata yang dilahirkan menjadi penyambung generasi soleh, InsyaAllah!

Wednesday, October 6, 2010

Selepas Menjalani Temu duga SPP

Tindakan Susulan selepas menghadiri temu duga SPP..

Bila korang sudah menjalani Temu Duga Pelantikan ke Jawatan Tetap Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG 41 maka dalam 1 bulan setengah korang semua boleh semak keputusan temuduga di laman web SPP. Sbb klu nak tunggu result via surat boleh, cuma kemungkinannya surat tu akan sampai lambat di sekolah(surat dipos ke sekolah korang).. Tapi sy hari tu tak sampai sebulan setengah pun. Kira dalam sebulan tu dah boleh tengok2 la kat laman web SPP kot2 dah keluar result. Dan jgn risau sbb in sya Allah semua lulus. Jarang la kes yang gagal

Surat tersebut bertajuk :

Tawaran Pelantikan Tetap Sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah

Bila kalian dapat surat ni, korang kena

1- lengkapkan dan tandatangan borang Setuju Terima Tawaran Pelantikan (surat disertakan bersama surat tawaran)

2- buat medical check up ( bagi yg pregnant bleh menangguhkan pemeriksaan X-Ray dengan perakuan doktor ). tapi ujian2 lain rase nye boleh je buat).. utk kepastian, cuba tnya kat cikgu2 lama kat sekolah, mereka lebih tau. =). (borang utk medical check up tu disertakan)

3- angkat sumpah kat Mahkamah (Surat Akuan Sumpah tu disertakan bersama surat tawaran)

4- lengkapkan dan tandatangan Surat Akuan Janji (Surat Aku Janji tu disertakan bersama surat tawaran)

5- Isi borang tapisan keselamatan. Utk maklumat lebih lanjut cuba tanya kerani ya

Selepas tu, kerani akan pos hal 1 2,3 dan 4 ke tempat yg kena pos. Yg hal 5 (tapisan keselamatan) tu pun kerani akan pos ke tempat dia.. kira asing-asing la. satu utk hal 1,2,3,4 dan satu untuk hal 5.

Moga Allah mudahkan kita semua

WALLAHUA'LAM

~moga mendidik ini dikira ibadah oleh Allah bila ikhlas kerana Allah

bersambung di entri di bawah ni...


Selepas Menjalani Temu duga SPP (2)

Untuk Semakan Online selepas Temu Duga SPP tu, korang just klik kat sini

http://sppapps.spp.gov.my/smppp/servlet/smppp.ui.security.SSecurityOL?cmd=6

Selepas tu masukkan no I/C korang dan kata laluan.. Kalau lulus (in sya Allah lulus punye), Kat situ akan tercatat "Tarikh Surat Tawaran Pelantikan".

Ape2 kemusykilan tanya je eh =)

Thursday, August 26, 2010

Kakitangan Kerajaan Dapat Duit Raya RM500

Lebih 1.24 juta petugas awam dan 590,000 pesara kerajaan mendapat durian runtuh apabila kerajaan hari ini mengumumkan akan membayar bantuan khas kewangan sebanyak RM500.

Dalam satu kenyataan hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata bayaran itu adalah untuk petugas dalam Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan. Ia akan dibuat sebelum 1 Syawal.

"Keputusan ini diambil selepas mengambil kira kebajikan kakitangan awam dan pesara Kerajaan terutamanya bagi meringankan beban kos persediaan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri," kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Menurut beliau bayaran itu membabitkan perbelanjaan sebanyak RM934.6 juta iaitu RM639.6 juta bagi petugas awam dan RM295 juta bagi pesara.


Cuepacs harap bonus lebih tinggi

Dalam reaksi spontan, kongres kesatuan pekerja-pekerja dalam perkhidmatan awam (Cuepacs) dan persatuan pesara kerajaan berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 seperti yang diumumkan hari ini.

Presiden Cuepacs, Omar Osman, berkata pemberian bantuan khas kewangan bagi Gred 1 hingga 54 dan pesara kerajaan itu akan meringankan beban mereka ketika menyambut Aidilfitri bulan depan.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu, ini sebagai bantuan sumbangan perayaan yang bakal menjelang. Kami sebelum ini memohon bonus sekurang-kurang RM1,000 atau dua bulan gaji kepada semua penjawat awam," kata ketika dihubungi.

Beliau juga berharap kerajaan akan mempertimbangkan bonus yang lebih tinggi pada pembentangan Bajet 2011 pada 15 Oktober ini.

-Bernama

(Sumber dipetik daripada laman sesawang MalaysiaKini)

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadhan al-Mubarak 1431


Kami seluruh warga PISMK Pendidikan Islam OUM ~ KPI 2004 - 2009 mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431 Hijrah kepada muslimin dan muslimat khususnya pengunjung setia blog.

Dalam kesakitan teruji kesabaran
Dalam perjuangan teruji keikhlasan
Dalam ukhwah teruji ketulusan
Dalam tawakkal teruji keyakinan
Hidup ini amat indah jika segalanya kerana Allah
Selamat menunaikan fardhu Ramadhan

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka"

Wednesday, August 4, 2010

::Pengalaman SPP::

ssalamualaikum wb..

untuk pengetahuan shbt2 pismk,saya pun sudah ditemuduga 21 julai lepas..alhamdulillah..

apa yang aishah kongsikan disini adalah mklumat@dokumen penting yg prlu disediakn sblm intrview nnti..

sedikit pengalaman sms tmuduga hari tu,( xpe ye x bercerita secara formal ...:) :

~jam 7 sampai di pejabat pelajaran sandakan..(kira orang kedua sampai..lepas tu datang dua orang pegawai penemuduga..seorang india dan seorang lagi cina.. )

~selepas membuat semakan nama , saya duduk.. pegawai yang bertugas di kaunter minta saya bersedia .. katanya boleh mula awal sebab dah ada yang datang..masa tu jam 7.30.. maknanya mula temuduga saya jam 7.30 la..time asalnya pukul 8..(saya ada buat kesilapan sikit masa tu, kesilapan tak bawa dokumn KEW 8..tak tahu rupanya dokumen KEW 8 tu yang itu..saya silap bawa dokumen lain.. apepun, alhamdulullah sebab pegawai itu konsider..dia minta fax kan shj ke pej nnti..

~loceng bilik temuduga dibunyikan..(kaki melangkah masuk..

~"selamat pagi tuan.."

~selamat pagi..ok, sila duduk.." (sedaya upaya menampilkan keyakinan diri dan bersedia.. insyaAllah, kita perlu bersedia sahaja menerima apa-apa yang soalan dan persoalan yang diajukan..

~ok, ceritakan sedikit latar belakang cikgu.."

~(saya ta'ruf la sedikit.. kenalkan diri, latar belakang keluarga, pendidikan masa kecil, sampailah pendidikan di maktab...dan macamna boleh sampai di daerah sandakan ini..

~saya juga diminta kongsikan pengalaman pertama jadi guru ..

~"boleh ceritakan sedikit tentang Falsafah Pendiikan Kebangsaan (FPK)? dan pendidikan Islam juga ada falsafahnya.boleh bandingkan dengan FPK?

~FPK ni adalah..... FPI pula adalah Falsafah pendidikan Islam....sampai habis.."

~ok, walaupun saya bukan Islam tapi saya boleh bertanya kamu tentang Islam . tadi cikgu kata FPI tu nak bangunkan ummah. apa itu ummah?

~(berfikir sekejap..)ummah ni satu bangsa ummat manusia.... dan beza falsafah kebangsaan dengan falsafah pendidikan Islam ialah dimana FPI ni lebih menekankan kepada keperluan Islam.mahu membentuk insan soleh yang bertakwa dan jadikan al-QUran serta Sunnah sebagai panduan hdup.itu beza dgn Falsafah Pend Kebangsaan yang hanya mnumpukan kepada pmbentukan bangsa di Malaysia shj..maksudnya tidak menumpu pd agama Islam 100% lah..

~ok, saya akan tanya cikgu hal-hal tantang pendidikan Islam..

(em, insyaAllah, nanti saya sambung cerita..nak balik rumah dah..semoga sahabat-sahabat yang lain dimudahkan urusan..insyaAllah, murabbi PISMK semuanya boleh..mohon kekuatan dari-Nya...)

Assalamualaikum wb..

4 SUB NKRA DALAM PENDIDIKAN


Di bawah NKRA (Bidang Keberhasilan Utama Nasional) KPM tersebut difokuskan kepada 4 sub-NKRA iaitu:

1. Prasekolah - di mana peningkatan 20% penyertaan kanak-kanak 5 tahun ke atas ke pendidikan prasekolah dengan menjadikan pendidikan prasekolah sebagai aliran perdana dalam sistem pendidikan kebangsaan pada tahun 2012.

2. Literasi dan Numerasi - di mana semua kanak-kanak yang tidak mempunyai masalah pembelajaran boleh menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum melangkah ke tahun 4 pada tahun 2012.

3. Sekolah Berprestasi Tinggi - di mana usaha KPM membangunkan 100 buah ' high performance schools ' termasuk 'trust schools' pada akhir tahun 2012.

4. Pengetua/Guru Besar - di mana bai'ah atau akujanji kepada Pengetua/Guru Besar berdasarkan 'performance based assessment' mulai tahun 2010.

Key Performance Indicator (KPI) atau Bidang Pengukuran Prestasi bagi KPPM telah ditetapkan berdasarkan kepada beberapa KPI :

 
1. Nisbah Guru:Murid mengikut sasaran tahun semasa ( Sekolah Menengah 1:17, Sekolah Rendah 1:16)

2. Penurunan kes disiplin sekolah sebanyak 0.02% setahun bagi semua jenis sekolah rendah dan sekolah menengah seluruh negara.

3. Peratus peningkatan sebanyak 1.0 % setahun bagi kadar pencapaian murid dalam Kelas Intervensi Awal (KIA2M).

 
4. Pencapaian pelajar berdasarkan Gred Purata Nasional pada peringkat UPSR (GPN=3.00), PMR (GPN=3.50), dan SPM (GPN = 6.00).

5. Peningkatan 2 % Guru Ijazah Terlatih di sekolah rendah dan 1 % di sekolah menengah.

6. Penurunan peratus jurang pencapaian pelajar bandar dan luar bandar (UPSR - 0.3%, PMR - 0.3%, dan SPM - 0.2%)

Najib Umum Enam Nkra dan Senarai Menteri yang Menerajuinya

PUTRAJAYA, 27 Julai (Bernama) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), termasuk membabitkan bidang usaha bagi mengurangkan kadar jenayah, dan memerangi rasuah.


Bidang-bidang lain termasuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan; meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah; memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman; dan menambah baik pengangkutan awam dalam jangka masa sederhana.


"Saya ingin mengisytiharkan bahawa bagi setiap NKRA, seorang menteri akan dilantik sebagai 'lead minister' atau menteri pimpinan bagi menerajui NKRA yang ditetapkan," katanya ketika berucap di majlis Perdana Menteri Bersama Anggota Pentadbiran dan penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.


Menurutnya bagi NKRA untuk meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pelajaran), manakala bagi mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri), dan NKRA memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).
Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

Hari ini saya akan letakkan KPI kepada 6 jurusan NKRA tersebut. Untuk setiap NKRA, akan dikenal pasti pula KPI-KPInya dengan sasaran khusus agar dapat diukur.


"Dengan adanya KPI ini, maka segala prosedur akan diperkemas, segala sumber dan tenaga dalam organisasi akan digembleng dan segala usaha akan ditumpu untuk mencapai sasaran yang dipateri dalam satu tempoh masa munasabah yang dijanjikan," katanya.


Najib berkata kerajaan komited melakukan proses transformasi melalui pengurusan berteraskan pencapaian dengan menggunakan kaedah penetapan NKRA dan pengukuran KPI.


Beliau berkata semua ini dilakukan bagi memastikan akhirnya rakyatlah yang akan memperoleh segala faedah nanti.


Menurutnya beliau selaku Perdana Menteri akan bertanggungjawab secara keseluruhan terhadap matlamat NKRA dan pencapaian KPI tersebut.


"Setiap minggu saya akan berjumpa dengan setiap 'lead minister' ini bagi menilai pencapaian KPI yang ditentukan. Maknanya dalam setiap enam minggu, saya akan dapat menyelesaikan satu pusingan penilaian pencapaian bagi enam lapangan NKRA seperti yang direncanakan," katanya.


Sehubungan itu, Najib berkata anggota Jemaah Menteri lain yang tidak termasuk dalam NKRA pula tidak terkecuali daripada mempunyai KPI kerana mereka tetap dipertanggungjawab untuk mencapai KPI kementerian masing-masing, yang akan dinilai oleh Perdana Menteri sendiri setiap enam bulan.


Beliau mengakui pengenalan NKRA dan KPI bukan satu perkara yang baru, namun menurutnya "keluasan dan keperincian inisiatif" yang ditekankan pentadbiran sekarang adalah sesuatu yang "belum pernah ditampilkan sebelum ini" dan menjadi tanda aras yang terkini.

"Selain itu sesuai dengan pengumuman saya ketika berucap merasmikan majlis perjumpaan bersama perkhidmatan awam mengenai 'cross-fertilisation', suka saya umumkan bahawa 20 nama kakitangan kerajaan dan 20 kakitangan GLC sudah dikenal pasti untuk ditempatkan dalam program ini yang dijadualkan bermula 1 Sept ini," katanya.


Najib berkata sebagai ketua kerajaan beliau insaf bahawa yang akan menilai kepimpinan beliau akhirnya adalah rakyat sendiri.


"Saya sedar bahawa apa yang digariskan hari ini adalah sesuatu yang monumental. Ia melibatkan komitmen mendalam dan tuntutan yang tinggi kepada anggota pentadbiran dan penjawat awam secara kolektif.


"Yang nyata, amanah yang diberikan oleh tuan-tuan dan puan-puan di atas jemala pentadbiran ini bukanlah perkara yang mudah, sebaliknya saya bertanggungjawab untuk membuat perkara yang betul walaupun ia sukar.”


"Jelas sekali kita tidak punyai pilihan, sama ada bergerak maju ke hadapan dengan penuh yakin, atau mengambil risiko untuk ditinggalkan dalam perlumbaan global yang sengit," kata Perdana Menteri.


Sumber : www.1 Malaysia.com.my

Monday, August 2, 2010

Dokumen untuk Temuduga SPP

Bismillah..

Dokumen yg wajib dibawa semasa temuduga (kalau xcomplete, either gi balik amik kat rumah or SPP akan panggil korang untuk temuduga lain kali. Rugi coz lambat la sah lantikan nanti)


- semua sijil asal semasa temuduga (surat asal panggilan temuduga SPP pun kena bawak jugak)
- 1 keping gambar berukuran pasport


Dokumen-dokumen kat bawah ni korang kena bawak yang asal dan korang fotostat satu salinan. yg korang dah fotostat tu dapatkan pengesahan dari guru besar


1) kad pengenalan
2) surat beranak
3) SPM
4) STPM/STP/HSC/sijil politeknik/diploma (bagi yang ada).
5) ijazah (yg cakap kite dapat ijazah sarjana muda keguruan pendidikan islam dengan kepujian dari OUM tu) dan transkrip akademik ijazah (yang ada pointer2 setiap semester tu)
6) surat tawaran jawatan guru sandaran terlatih siswazah (setiap muka surat) yg kite dapat dari BSM (Bahagian Sumber Manusia)
7) pengiktirafan kelayakan ijazah dari JPA.  

Klik kat sini
search Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM). Then, print pengiktirafan  lepas tu dapatkan pengesahan dari Guru Besar
8) Salinan Kew.8 yang tercatat tarikh melapor diri (mintak kat kerani sekolah korang,biasa die simpan dalam fail peribadi korang kat pejabat sekolah)


Lepas tu, korang  Download
1) Borang senarai tugas dan ko-kurikulum meliputi


A-P&P : subjek yg korang ajar dan tahun yang korang ajar)                      
B-kurikulum (pasukan beruniform,sukan/permainan dan persatuan/kelab. Korang kena letak jawatan yg korang pegang) 
C-tugas2 lain yg korang ada kat sekolah (pegang panitia ke, kaunseling ke,disiplin,ke ape2 ke)


2) Laporan Khas Urusan Temuduga SPP (Guru Besar kena isi untuk prestasi kita dan tatatertib kite) tapi, hati2 sebab ada GB yg tak perasan item penilaian die tu coz start dari A,B, C, D.  Masa nak masuk bilik temuduga, aku baru perasan item dia boleh buat orang konfius la. GB aku pun xperasan. Mula2nya dia tanda kat 'D'. Alhamdulillah mujur dia initial kat situ. Bahaya.. Boleh jejas temuduga tu. Laporan khas tu sulit sebab GB kena letak dlm sampul surat(siap gam lagik) and then GB akan serah kat kite utk kite bawak ms temuduga. Tapi masa tunggu turn temuduga,kita boleh tengok penilaian tatatertib kite tu. Sebab orang yang cek kite punye sijil2 dan salinan yang kite fotostat tu akan bukak surat tu dan bagi kat kita untuk kita bawak masuk ke dalam bilik temuduga bila turn temuduga kite sampai nanti.


Klik kat bawah ni


3) Download surat pelepasan/kebenaran Guru besar untuk kite hadir temuduga. Kat lama web SPP ada contoh borang die. Untuk buat surat tu, guna letterthead sekolah korang dan tiru sebijik-bijik ape yg ada dlm borang tu.and then mintak GB tandatangan. ingat bawak sekali surat kebenaran tu masa temuduga


Klik kat bawah ni


Better pakai blazer dan nametag. Ada panel temuduga ms sepupu aku temu duga tahun lepas kat PPD Kuantan bagitau,pakai blazer pun boleh dapat markah dah.


Korang please cek banyak kali dokumen tu,jangan ada yg xcomplete. masa aku temuduga hari tu, ada 4 orang cikgu tak boleh temuduga. Ada yg belum dapat transkrip akademik.ada yg tertinggal la.



Apa2 nak tau, tanya la =). Boleh jugak tanya sape2 lagi yg dah g temuduga. Tahniah untuk Wahida coz dah dapat surat tawaran lantikan



Ni soalan temuduga saya :


1- Ceritakan latarbelakang diri kamu ,family kamu dan sekolah kamu..


2- Berikan Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Panel tu hafal rupanya FPI tu, ingatkan dia xhafal. hafal word by word. kalah aku.hehe. aku hafal jugak, tapi ada buat ayat sendiri coz nak faham dan nak mudah ingat falsafah tu



3- Berdasarkan falsafah pendidikan islam itu tadi..  Sudah berkeluarga ke? Bila awak berkeluarga nanti, Bagaimana awak nak membangunkan keluarga Islam awak nanti?


4- soalan terakhir; berikan 4 sub NKRA dalam pendidikan
Jawapan : prasekolah, sekolah berprestasi tinggi(SBT), literasi & numerasi, Pengetua/Guru Besar



Temuduga aku haritu dalam 30 minit dan ke atas jugak. dekat2 40 minit jugak



P/S :  to kawan2 yg bakal pergi temuduga;prepare FPK, FPI tu confirm ditanya. ada cikgu sebelum aku kena tnya perlembagaan la (yang semua universiti wajib menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar ,kalau tak silap),yg selepas aku ada kena tanya k-ekonomi la, ada yg kena hurai FPK tu la. pengurusan fizikal sebelum p&p, dan bagaimana kamu membuat penilaian terhadap anak murid kamu (formatif dan sumatif). 


Benda ni kira nasib sebenarnye. ada yg senang soalan dia. Dan ada yg soalan dia kite tak tepikir pun die akan tanye.



Yang penting study, banyak2 doa,solat hajat,insya Allah moga classmates semue lulus dengan jaya nye.Amin. Korang semua lebih bijak dari aku. =). Yang penting, cakap dengan yakin. Kadang2 ada panel tu bukan tau sangat ape yg die tanya,dia just nak tengok cara kite bercakap as guru je. Allah yusahhil umurukum.Amin



Bile dah sah lantikan,then sah jawatan. Senang kalau nk further study and so on. After ni, kena gi BTN pulak. in sya Allah



WALLAHUA'LAM


* Updated news on 6 August 2010


Baru igt, hari tu orang yg cek sijil aku tu cakap, dalam 1 bulan setengah dah boleh cek result temu duga kat laman web SPP..

Thursday, July 29, 2010

Status Kursus BTN untuk Guru (Baru) Lantikan Pertama

Berikut petikan daripada laman sesawang KPPK / NUTP Online berhubung Kursus BTN bagi guru (baru) lantikan pertama:

PENJELASAN KENYATAAN AKHBAR MENGENAI KURSUS BTN UNTUK GURU (BARU) LANTIKAN PERTAMA

Pihak KPPK ingin memaklumkan bahawa berdasarkan Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2005 perenggan 4 menyatakan pegawai yang disyaratkan mengikut Kursus / Modul Kenegaraan adalah:

a) Pegawai lantikan pertama dalam perkhidmatan awam yang belum disahkan perkhidmatannya; atau

b) Pegawai yang telah disahkan dalam perkhidmatan tetapi tempoh perkhidmatannya adalah kurang daripada tiga (3) tahun pada 1 Januari dan belum mengikuti Kursus Kenegaraan.

Di perenggan 5 pula menyatakan Integrasi Modul Kenegaraan dalam Kursus Induksi boleh dilaksanakan secara berturutan seperti berikut:

a) Modul Kenegaraan - Induksi Umum - Induksi Khusus; atau

b) Modul Induksi Khusus - Induksi Umum - Moduk Kenegaraan; atau

c) Modul Induksi Umum - Modul Kenegaraan - Induksi Khusus

Oleh itu, semua guru-guru baru mesti lulus Kursus BTN untuk membolehkan mereka disahkan dalam jawatan. Manakala bagi anjakan gaji, guru lantikan pertama juga wajib lulus kursus BTN untuk melayakkan diri menikmati anjakan gaji.

Kini terdapat sekumpulan guru-guru baru yang tidak dapat disahkan dalam jawatan dan tidak dapat menikmati anjakan gaji kerana belum menghadiri Kursus BTN.

KPPK dimaklumkan Kursus BTN untuk guru-guru baru kemungkinan tidak dapat diadakan kerana masalah peruntukan terhad.

Sehubungan dengan itu, adalah lebih baik bagi semua guru-guru baru yang telah lulus Temuduga SPP meminta penjelasan daripada pihak terbabit atau pihak sekolah berhubung keperluan Kursus BTN dalam urusan pengesahan jawatan dan anjakan gaji. Ini kerana guru-guru lepasan maktab atau IPG sebelum ini telah menjalani Kursus BTN terlebih dahulu sebelum dihantar berkhidmat berbeza dengan GSTS (Guru Sandaran Terlatih Siswazah) keluaran mulai Disember 2009, justeru dibimbangi pihak sekolah khususnya terlepas pandang akan hal ini. Jika benar Kursus BTN menjadi syarat pengesahan jawatan dan anjakan gaji, dikhuatiri anjakan gaji yang diperolehi perlu dibayar semula (biasanya melalui potongan gaji) lantaran pihak sekolah tidak sedar guru tersebut belum menjalani Kursus BTN. Mohon tindakan dan respon sahabat-sahabat.

Terima kasih.

Wednesday, July 21, 2010

Pengiktirafan Kelayakan JPA

Memandangkan baru-baru ini terdengar kembali desas-desus akan isu PISMK OUM yang diragui pengiktirafannya, di sini kami cuba sertakan 'link' ke laman sesawang JPA yang menunjukkan bahawa mereka telah mengiktiraf Ijazah Sarjana Muda Keguruan yang telah dianugerahkan kepada graduan OUM pada 18 Mac 2010 bertempat di Dewan Merdeka, PWTC, Kuala Lumpur sebagai rujukan rakan-rakan. Marilah kita berdoa semoga tiada kesilapan dilakukan dan apa yang dipaparkan sahih belaka, InsyaAllah.

(Sila klik imej untuk link ke laman sesawang tersebut)

Saturday, July 3, 2010

Mansuh UPSR dan PMR belum muktamad

Cadangan memansuhkan UPSR dan PMR masih dalam peringkat cadangan dan keputusan muktamad mengenainya masih belum dibuat. Namun demikian sudah ramai pihak memberikan reaksi balas dalam pelbagai alasan mengenai cadangan tersebut.

Reaksi ingin mengekalkan kedua bentuk peperiksaan itu dengan alasan sebagai kayu pengukur pencapaian pelajar masih boleh dibincangkan kerana apabila peperiksaan tersebut dimansuhkan, Kementerian Pelajaran akan menggantikannya dengan sistem penilaian berasaskan sekolah.

Ada juga reaksi yang mengatakan apabila memansuhkan UPSR dan PMR akan menyebabkan potensi pelajar tidak mampu dilihat oleh banyak pihak atas alasan tiada kayu pengukur. Reaksi tersebut nampaknya masih mempertahankan pengekalan UPSR dan PMR sebagai satu-satunya kaedah yang boleh dijadikan asas mengenalpasti potensi pelajar.

Masih banyak lagi kaedah yang boleh digunakan. Jika kedua bentuk peperiksaan tersebut dimansuhkan, bermakna guru-guru mempunyai masa yang mencukupi untuk melihat potensi pelajar dan seterusnya membimbing mereka untuk membuat pilihan tepat sebaik sahaja selesai menduduki peperiksaan selepas menjalani proses persekolahan selama 11 tahun.

Dari situ pihak sekolah dapat mengesan prestasi akademik seseorang pelajar. Bagi yang cemerlang mereka boleh memilih untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma atau memasuki institut pengajian dalam bidang akademik dan aliran teknikal.

Bagi yang mencapai tahap akademik sederhana, kumpulan ini merupakan kumpulan terbesar berdasarkan keputusan peperiksaan SPM boleh memilih untuk melanjutkan pengajian dalam bidang vokasional ataupun pusat-pusat pendidikan yang berdasarkan bakat dan kecenderungan. Mereka mungkin mempunyai bakat dalam bidang seni, sukan ataupun bidang-bidang tertentu yang boleh dikembangkan menjadi bidang kerjaya yang menguntungkan.

Sudah menjadi kelaziman ibu bapa melihat bahawa pendidikan akademik mengatasi semua aspek kerjaya maka kedudukan pendidikan vokasional menjadi pilihan terakhir. Kalau kita meneliti perkembangan yang berlaku di banyak negara, bidang pendidikan vokasional sudah menjadi sesuatu yang penting kerana ia telah menyumbang kepada sejumlah besar tenaga kerja yang diperlukan oleh industri. Cuma kerana golongan tersebut dilihat sebagai pekerja kolar biru maka banyak di antara ahli masyarakat merendah-rendahkannya walhal dari segi pendapatan, ianya lebih besar berbanding mereka yang cemerlang dalam akademik.

Sebahagian masyarakat mungkin sedar bahawa kemahiran vokasional yang ada dalam kalangan pengusaha bengkel membaiki kereta, pemasangan dan membaiki peralatan hawa dingin, pendawaian dan sebagainya telah menjadikan mereka sebagai pelengkap dalam kehidupan seharian kita. Maka adalah wajar masyarakat meyorot kembali keupayaan bidang tersebut sebagai satu bentuk kerjaya yang menarik. Anak kita mungkin mempunyai minat mengenainya, tetapi kadangkala kita telah melakukan kesilapan dengan tidak memberikan mereka peluang atas alasan bukan bidang kerjaya berprestij.

Bagi mereka yang mencapai tahap akademik yang lemah, mereka mungkin boleh mengikuti program dalam bidang kemahiran. Bidang kemahiran juga menjanjikan pendapatan yang lumayan. Adakalanya melebihi pendapatan bulanan seorang yang berpangkat pengurus di sebuah syarikat jika bidang tersebut benar-benar diceburi dalam jangka masa panjang. Seorang pereka fesyen misalnya boleh membina empayar perniagaan dan mampu menjadi jutawan atas kesungguhan dan kecekalannya menekuni bidang kemahiran rekaan fesyen.

Seorang pengusaha lanskap mampu meraih pendapatan yang tinggi kerana menggunakan kemahiran yang diperolehnya membentuk sebuah taman di rumah-rumah pelanggan dengan kreatif dan inovatif. Sebatang tunggul kayu telah dijual dengan ribuan ringgit, kerana tunggul kayu itu dilihat mempunyai nilai artistik.

Bagi mereka yang kreatif dan berkemahiran, seketul batu yang tidak mempunyai nilai bagi sesetengah orang menjadi bahan yang amat berharga. Mereka telah menyusunnya menjadi suatu bentuk hiasan yang boleh mempesonakan setiap mata memandang, malah ada pihak sanggup membelinya walaupun dengan harga yang mahal. Inilah potensi yang seharusnya perlu dilihat dan digilap dalam sistem pembelajaran sejagat yang bakal diperkenalkan melalui transformasi sistem pendidikan yang sedang dalam pelaksanaan.

Hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang mampu bersaing dan kebolehpasaran yang tinggi sebenarnya tidak banyak bergantung kepada kecemerlangan akademik. Ini pula tidak bermakna negara tidak memerlukan mereka yang cemerlang akademik, tetapi kecemerlangan mereka perlulah sampai ke tahap yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Mereka yang cemerlang dalam bidang akademik boleh menekuni bidang penyelidikan dan pembangunan, kerana kekuatan ekonomi sesebuah negara pada masa depan adalah berteraskan keupayaan tersebut. Lima puluh tahun lalu ramai rakyat Malaysia tidak yakin dengan barangan keluaran Korea Selatan, tetapi kerana keupayaan sistem pendidikannya menyediakan lebih banyak modal insan berkemahiran dan kesungguhan penyelidikan, produk negara tersebut sudah mampu mengatasi produk-produk dari negara pengeluar tradisi bahkan semakin menyaingi produk keluaran Jepun dan Eropah yang pernah kita banggakan di suatu ketika.

Produk Korea seperti automotif, barangan penjagaan kesihatan, peralatan elektrik bahkan program televisyen sudah menembusi banyak negara dan Malaysia tidak terkecuali. Kita kenal sejak kebelakangan ini ada jenama bagi kenderaan ialah Hyundai dan Kia; elektrik LG dan Samsung; peralatan sokongan kesihatan Ceragem dan Coway; program televisyen Winter Sonata; tayar kenderaan Roadstar dan Falken sehingga menjadikan negara tersebut di kedudukan ketujuh dunia dari segi jumlah perdagangan.

Banyak negara sudah mengamalkan hanya satu bentuk peperiksaan awam dalam sistem pendidikan mereka setelah seorang kanak-kanak menjalani tempoh persekolahan 11 atau 12 tahun. Jerman sudah lama mempraktikkanya kerana negara itu sedar keperluan pendidikan teknik dan vokasional boleh membantu menjadikannya sebagai faktor yang dapat melonjak pertumbuhan ekonomi.

Jerman memerlukan ramai pekerja mahir dan separuh mahir bagi memenuhi keperluan industri. Sweeden turut melaksanakan hal sama dan kerana itulah lebih 40 peratus pelajarnya memasuki pendidikan teknik dan vokasional, manakala dalam bidang akademik hanyalah sekitar 20 peratus. Selebihnya akan menekuni bidang-bidang kemahiran yang tidak banyak memerlukan kecekapan akademik.

Seperti kata Menteri Pelajaran, reaksi dan pendapat yang dikemukakan akan dikaji dengan teliti sebelum memuktamadkan cadangan tersebut. Masyarakat boleh mengemukakan cadangan, pendapat dan reaksi kerana transformasi sistem pendidikan itu memerlukan sokongan ramai bagi membolehkannya mencapai matlamat.

Persidangan meja bulat membincangkan maklumbalas mengenai cadangan tersebut dijangka akan diadakan dalam masa terdekat. Dan, tentunya rumusannya nanti bakal memuktamadkan keputusan sama ada UPSR dan PMR dimansuhkan, ataupun sebaliknya.

(Sumber dipetik daripada Blog Kementerian Pelajaran Malaysia bertarikh 30 Jun 2010)

Saturday, June 26, 2010

Kementerian cadang mansuh UPSR, PMR: Langkah ubah sistem pendidikan orientasi peperiksaan

Oleh: Junita Mat Rasid

PAGOH: Kementerian Pelajaran akan mencadangkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dimansuhkan bagi membolehkan pelajar di negara ini menduduki hanya satu peperiksaan awam sepanjang 11 tahun persekolahan.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata cadangan pemansuhan peperiksaan itu kepada kerajaan akan mengubah sistem pendidikan negara yang kini terlalu berorientasikan peperiksaan menyebabkan matlamat melahirkan modal insan serba boleh yang mempunyai keterampilan tinggi gagal dicapai.

Bagaimanapun katanya, kedua-dua peperiksaan itu mungkin juga diteruskan, tetapi bukan lagi berstatus peperiksaan awam seperti sekarang, sebaliknya dijadikan penilaian pencapaian pelajar di peringkat sekolah saja.

"Pihak kami sedang fikirkan sama ada akan kekalkan atau perlu hanya satu saja peperiksaan awam, seperti (contohnya) pada peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) saja.

"Jika kita terlalu menjurus kepada peperiksaan, ia akan menyebabkan matlamat ke sekolah untuk menuntut ilmu, lebih kreatif dan menambah pengetahuan secara lebih holistik tidak akan dicapai sepenuhnya," katanya pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Pagoh, di Kompleks Seri Pekembar, di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, cadangan mengekalkan satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah itu juga berkaitan dengan langkah kementerian untuk merombak sistem pendidikan dan mengubah bentuk kokurikulum di peringkat sekolah.

Beliau berkata, pada masa ini, sistem pendidikan yang terlalu cenderung dengan peperiksaan menyebabkan guru terlalu fokus untuk mencapai kecemerlangan peperiksaan dan pelajar terlalu menumpukan usaha untuk cemerlang dalam peperiksaan awal saja.
“Adalah lebih wajar jika penilaian pencapaian pelajar dibuat pada peringkat akhir selepas 11 tahun di sekolah iaitu dengan hanya mengekalkan peperiksaan SPM sebelum mereka menyambung pelajaran ke peringkat universiti.

"Dalam soal kerjaya dan kerja, orang tak pakai lagi PMR dan UPSR, orang (bakal majikan) tak tanya pun keputusan PMR atau UPSR, sebaliknya hanya keputusan SPM dan peringkat universiti yang diambil kira," katanya.

Bagaimanapun Muhyiddin berkata, pihaknya tidak tergesa-gesa untuk membuat keputusan memansuhkan peperiksaan itu kerana perlu mengkaji implikasi lain selain mengalu-alukan pandangan semua pihak termasuk warga pendidik, pelajar dan masyarakat.

Katanya, kajian pihaknya juga mendapati ada negara lain yang tidak mempunyai banyak peperiksaan seperti di Malaysia, malah ada sesetengah negara yang hanya mempunyai satu peperiksaan saja pada peringkat sekolah.

"Di Malaysia, ini adalah kesan daripada sistem yang terlalu ala peperiksaan menyebabkan fokus kita hanya berdasarkan keputusan peperiksaan, semua A atau 12A+ menyebabkan kita perlu meneliti untuk mengubah sistem itu," katanya.

Beliau berkata, pengurangan peperiksaan di peringkat sekolah itu membolehkan pelajar mempunyai banyak masa untuk menumpukan kepada mata pelajaran tertentu dan kegiatan sukan, sekali gus memberi kesan positif kepada keseluruhan cara pendidikan pelajaran.

(Sumber dari Berita Harian Online bertarikh 21 Jun 2010)

Sunday, June 20, 2010

Semakan Keputusan Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia secara online!


Bagi makluman pengunjung blog 'Great Murabbi' khususnya mereka yang telah mengikuti Kursus Induksi Modul Umum/Kursus, kini anda boleh menyemak keputusan anda secara online. Caranya mudah, layari laman sesawang http://www.moe.gov.my/kissm/induksi.php dan masukkan nombor kad pengenalan. Anda juga boleh mencetak keputusan tersebut dengan menekan butang 'cetak' yang terdapat pada paparan tersebut. Selamat mencuba!


Selamat kembali menjalankan tugas, cikgu!


Pejam celik.. pejam celik.. dua minggu cuti pertengahan tahun kini telah berlalu. Bagi mereka yang berada di Kedah, Terengganu dan Kelantan, hari ini merupakan hari pertama semester atau penggal kedua persekolahan manakala bagi negeri-negeri yang lain, insya-Allah esok kembali menjejakkan kaki ke sekolah. Bagi guru-guru yang mula berkhidmat pada akhir Disember 2009 dan awal Januari 2010, tentunya ini merupakan pengalaman baru berada di penggal kedua persekolahan. Mungkin juga banyak tugas yang perlu diselesaikan berbanding penggal pertama. Oleh itu kepada semua guru-guru, kami warga Alumni PISMK OUM PI ingin mengucapkan "Selamat Kembali Bertugas!"

Saturday, June 19, 2010

NKRA Pendidikan

The Government is set to begin the transformation process in strengthening the efficiency of its delivery system

The KPI / KRA are not mere acronyms as they offer clear measures designed to ensure that the government is continuously working to better serve the needs of Malaysians
Our real work will begin as we make the transformation of government services happen
BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN
Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan memberi tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.

(klik imej untuk paparan yang lebih jelas)

1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
1. Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2. Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3. Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4. Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5. Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
6. Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7. Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan

2. Sub-NKRA Literasi dan Numerasi
NKRA – Peluasan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan
Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2012

*Kanak-kanak berkeperluan khas – didefinisikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan, dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

3. Sub-NKRA Sekolah Berprestasi Tinggi

3.1 Mengangkat kualiti sekolah-sekolah yang terbaik
Meningkatkan kualiti pencapaian institusi pendidikan melalui peningkatan tahap autonomi dan akauntabiliti, membenarkan sekolah melaksanakan inovasi dalam pengurusan masing-masing (pemusatan dalam aspek kurikulum dan anggota perkhidmatan)

3.2 Menghasilkan pelajar yang cemerlang
Sebagai tempat untuk melatihkan pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa dan yang menjadi personaliti unggul dalam semua bidang

3.3 Merapatkan jurang antara sekolah-sekolah di dalam sistem
Sebagai inspirasi kepada sekolah-sekolah lain untuk membangunkan kecemerlangan tahap yang lebih tinggi melalui bimbingan dan jaringan antara sekolah sekolah tersebut.

4. Sub-NKRA Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah
Meningkatkan kualiti keberhasilan murid menerusi peningkatan prestasi pemimpin sekolah di Malaysia:

(klik imej untuk paparan yang lebih jelas)

Sumber dipetik dari Portal Rasmi NKRA Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

p/s : Sila klik untuk muat turun NKRA KPM versi PDF

Friday, June 18, 2010

Semua guru disaran anggotai kesatuan

KUALA LUMPUR: Semua guru di negara ini disaran menjadi ahli kesatuan guru tempatan yang ada supaya nasib mereka dapat diadili terutama dalam kes membabitkan masalah yang tidak dapat diperjuangkan pihak lain.

Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Anuar Ibrahim berkata, apabila terdapat kes ‘luar biasa’, hak guru terbabit dapat diperjuangkan dan dilindungi oleh persatuan yang dianggotai.

Beliau berkata, di negara ini ada 24 kesatuan guru yang sedia berkhidmat untuk golongan guru dan mereka boleh memilih mana satu yang disukai, yang penting hak mereka terjaga.

“Jangan pula termasuk dalam golongan yang rugi apabila nasib mereka tidak dapat diperjuangkan bila berlaku masalah luar biasa seperti masih tidak menerima gaji dalam tempoh yang dijanjikan.

“Guru yang tidak berpersatuan juga tidak seharusnya tergolong dalam kumpulan yang hanya menunggu untuk menerima faedah daripada perjuangan orang lain,” katanya ketika dihubungi semalam. Anuar berkata, golongan guru perlu sedar kepentingan menjadi ahli kesatuan dan manfaat besar yang diperoleh mereka.

Katanya, ini kerana kesatuan bertindak sebagai perantara untuk guru mengutarakan sebarang masalah yang dihadapi.

“Kita sering membuat forum dengan pihak berwajib dan itu adalah platform untuk kita menyampaikan dan mencari penyelesaian bagi masalah yang dihadapi guru berkaitan pelbagai isu menyeluruh membabitkan hak guru,” katanya.

Beliau berkata, jika lebih ramai guru memasuki kesatuan, suara mereka menjadi lebih kuat dan pihak berwajib akan lebih bersedia mendengar masalah yang dibawa.

Berhubung tindakan pemotongan cukai pendapatan yang dianggap terlalu tinggi melalui pelaksanaan sistem pemotongan Pembayaran Cukai Berjadual (PCB), Anuar berkata, pihaknya akan mengambil langkah seterusnya dengan menghubungi Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs).

“Kita akan berjumpa dengan pihak Cuepacs dalam masa terdekat ini bagi mencari penyelesaian kepada masalah ini kerana ia juga berhubung dengan masalah membabitkan kakitangan awam,” katanya.

Difahamkan, tindakan itu yang berkuat kuasa awal tahun ini, dikatakan membelakangkan pandangan guru dan NUTP sebagai badan yang mewakili lebih 145,000 tenaga pengajar di seluruh negara.

Menurut NUTP, pihaknya hanya menyedari perkara itu melalui pekeliling yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di mana potongan yang dikenakan.

(Sumber dipetik daripada laman sesawang NUTP Online)

Adakah CINTA anda pada Nabi SAW seperti LELAKI ini?



Mungkin anda juga ada video yang menarik dan hendak dikongsikan? Tinggalkan komen anda beserta url untuk kami letakkan dalam blog ini.. Ayuh, kongsikannya! ;)

KPM juga ada blog sendiri?

Sejajar dengan perkembangan semasa dunia teknologi terkini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kini telah mengorak langkah ke era "Blogging". Mungkin ramai di kalangan kita selaku para pendidik masih belum mengetahui perkembangan ini. Bagi memudahkan pengunjung "Great Murabbi" untuk ke blog tersebut, bolehlah klik imej di bawah. Selamat melayari blog KPM!


p/s: Anda juga boleh klik pautan Blog Rasmi KPM di bawah "Pautan Keguruan" di bawah blog ini untuk di'link'kan ke blog tersebut. ;)