Wednesday, March 30, 2011

Permohonan Pertukaran Antara Negeri Jun 2011

Salam. Berita baik untuk kawan-kawan yang mahu bertukar.. 
Permohonan Pertukaran Guru Antara Bahagian / Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi pertukaran bulan Jun 2011 untuk guru DGA 29, DG 41, DG 32(KUP) dan DG 44 (KUP) melalui e-GTukar akan dibuka mulai 1-22 April 2011.

Keputusan Permohonan Pertukaran Guru Jun 2011 dijangka dikeluarkan mulai 22 Mei 2011.

Klik di bawah ini : 

Semoga semuanya Allah permudahkan.

Sunday, March 27, 2011

Berkenaan Cukai Pendapatan

Berikut beberapa maklumat berkenaan cukai pendapatan yang diperolehi daripada laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN):

1. Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP, elaun sara hidup COLA, elaun khidmat awam, elaun perumahan dan lain-lain) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

2. Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah seperti berikut:
  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

Walau bagaimanapun, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan, rebat seperti zakat dan nilai tempat kediaman disediakan oleh majikan secara bulanan untuk mendapatkan jumlah potongan lebih tepat.

Antara pelepasan yang boleh dituntut seperti bil perubatan ibu bapa, pembelian komputer, yuran melanjutkan pelajaran, buku dan pelepasan lain. Tuntutan itu mengurangkan jumlah PCB dan memberi gambaran lebih jelas terhadap jumlah sebenar cukai mereka.

Tuntutan itu boleh dilakukan menerusi borang khas (diperoleh melalui majikan atau laman web LHDN) yang kemudian dikemukakan kepada bahagian gaji majikan sama ada secara bulanan atau tiga bulan sekali atau enam bulan sekali bergantung kepada ketetapan dibuat majikan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang LHDN di http://www.hasil.gov.my

Monday, March 7, 2011

Prosedur Pengesahan Lantikan dan Perkhidmatan

Surat Pekeliling Suruhanhaya Perkhidmatan Awam Bilangan 2 Tahun 2011: Prosedur Pengesahan Lantikan



Surat Pekeliling Suruhanhaya Perkhidmatan Awam Bilangan 3 Tahun 2011: Prosedur dan Kaedah Pengesahan dalam Perkhidmatan

Hitam Putih Isu Kursus Kenegaraan BTN

Berikut dilampirkan salinan surat dari Kementerian Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam tentang pengecualian syarat Kursus Kenegaraan BTN selaras dengan pemansuhan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) bermula 1 Januari 2011.


Berikut pula Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2010 mengenai pemansuhan PTK yang turut menyentuh tentang Kursus Kenegaraan BTN.

Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam

Berikutan luahan sahabat kita tentang isu kemudahan cuti bersalin sebelum ini, berikut dilampirkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 13 Tahun 2010: Kemudahan Cuti Bersalin Pegawai Perkhidmatan Awam yang mungkin dapat dijadikan rujukan.
KEMUDAHAN CUTI BERSALIN PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM