Thursday, December 3, 2009

Berkenaan pendaftaran e-permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Malaysia dan Kursus Biro Tata Negara (BTN)

Sukalah diingatkan kepada rakan-rakan untuk sentiasa 'alert' tentang kedua-dua hal ini..Kedua-duanya berkaitan dengan prosedur yang perlu dilalui untuk pengesahan jawatan dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM). Oleh itu, sekiranya ada masalah, maka eloklah bertanya kepada pihak pentadbiran sekolah dan berhubung dengan rakan-rakan yang lain.

Terdapat sedikit masalah berhubung permohonan SPP disebabkan untuk memohon, kita dikehendaki mengisi tarikh ijazah sedangkan kita semua pun belum konvo lagi so, takder la yang tau tarikh tersebut. Oleh itu, sesiapa yang dapat mencari jalan penyelesaiannya, harap dapat sama-sama berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dan bagusnya dipaparkan dalam blog kelas kita ni untuk disebar-sebarkan, Insya-Allah. Begitu juga, bagi mereka yang telah mengisi borang BTN dan tiada masalah, mungkin boleh berkongsi panduan bagaimana borang tersebut sepatutnya diisi.

p/s: untuk menghantar sebarang posting dalam blog ni, bolehlah hubungi Saudari Norsyahidah Muzakir or Saudara Munsif Ismail untuk mendapatkan 'usernama' dan 'kata laluan'.. semua ahli kelas digalakkan untuk sama-sama memeriahkan blog kelas..

9 comments:

  1. aah..betul tu...sape2 yg de info pe2..maklumla eh..skrg dh xde lg pnolong@ketua kuliah yg nk ingatkan kene isi borng@submit borng..huhu..sedeynye...

    ReplyDelete
  2. ia bah.. sekarang shazana saad yang ada line internet 2 da ambil alih tugas meng 'update' blog.. terima kasih ya..

    ReplyDelete
  3. cuba tnya en.mokhtar..
    maybe dia tau..
    ak pon baru je buka kwsp n akaun bank tuk gaji
    nasib baik ada GB dalam umah ak...
    kalo x...tunggang-langgang gak..
    -dy-

    ReplyDelete
  4. amboi dy, GB dalam umah tu..ko pakai akaun apa dy?tak pakai maybank ker?kan ker lagi mudah..err..siapa nak pi tanyakan kat en.mokhtar nih..

    ReplyDelete
  5. apa kata kita suruh ktua n pen klas kita yg dulu 2 tnya?? hahaha

    ReplyDelete
  6. tak pakai maybank..kat cni susah..pakai public bank..huhu..lgpon kalo msuk maybank,..rajinla sy beli tket gn online...ahahhaha
    -dy-

    ReplyDelete
  7. salam.. da tnya en mokhtar.. en mokhtar sruh tunggu isnin ni.. die nk tnya oum dlu..

    ReplyDelete
  8. okai..nanti gtau eh..entry yg pasal penempatan sekolah tu takleh nak update sebab aku msg org tak bls..huhu..so, tak tau nak tanya siapa..masing2 dah bawa haluan memasing..

    ReplyDelete
  9. okai.. tp kena tnya en ridhi sbb en mokhtar kta nk bgtau kt die nnti.. da update.. diaorg da bg kt syida tp syda x msg kt akk sbb ingt akk tau..
    syda pn kt cni bru dpt tenet.. kt cna tnggu nk msuk streamyx nnt.. hehe

    ReplyDelete