Wednesday, January 27, 2010

Maklumat Konvokesyen PISMK OUM

MAJLIS KONVOKESYEN KHAS
OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
18 MAC 2010 8.30 PAGI
DEWAN MERDEKA, PUTRA WORLD TRADE CENTRE, KUALA LUMPUR
PENGUMUMAN PENTING
(TERTAKLUK KEPADA PINDAAN)

KANDUNGAN

1. Tarikh dan Tempat Konvokesyen
2. Senarai Pelajar Bagi Pengijazahan
3. Sidang Konvokesyen
4. Pemberitahuan Kedatangan
5. Pakaian
6. Yuran Konvokesyen
7. Penyelesaian Hutang Universiti
8. Pengambilan Pakaian Akademik OUM
9. Pemulangan Pakaian Akademik OUM / Pengambilan Sijil Ijazah/Diploma
10. Kad Jemputan
11. Tempat Meletak Kereta / Perkhidmatan Shuttle OUM
12. Gambar Foto
13. Tatacara Konvokesyen
14. Hari Majlis Konvokesyen - Masa dan Tempat Berkumpul
15. Cetakan Nama Bagi Sijil Ijazah/Diploma / Transkrip Akademik Rasmi
16. Pengambilan Sijil Ijazah / Diploma dan Transkrip Akademik Rasmi
17. Pengambilan Sijil Ijazah / Diploma / Transkrip Akademik Rasmi Bagi Pihak
18. Pertanyaan
19. LAMPIRAN A : SENARAI PELAJAR BAGI PENGIJAZAHAN
20. LAMPIRAN B : CARTALIR PENGAMBILAN/PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK

1. TARIKH DAN TEMPAT KONVOKESYEN

Majlis Konvokesyen Khas Open University Malaysia bagi pengurniaan Ijazah Sarjana Muda Keguruan Dengan Kepujian akan berlangsung pada 18 Mac 2010 waktu 8.30 pagi di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.

2. SENARAI PELAJAR BAGI PENGIJAZAHAN

Senarai pelajar bagi penganugerahan ijazah Sarjana Muda Keguruan Dengan Kepujian (tertakluk kepada kelulusan Senat) adalah seperti yang dinyatakan dalam LAMPIRAN A.

3. SIDANG MAJLIS KONVOKESYEN KHAS

Pengurniaan Ijazah dibuat dalam satu (1) Sidang pagi yang akan bermula jam 8.30 pagi .

4. PEMBERITAHUAN KEDATANGAN UNTUK KONVOKESYEN KHAS

(1) Jika INGIN MENGAMBIL BAHAGIAN dalam Majlis Konvokesyen Khas

Sila berada di tempat pada tarikh/masa seperti yang dinyatakan dalam JADUAL PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK dan mengikut prosedur yang dinyatakan dalam perenggan 8 di bawah ini.

(2) Jika TIDAK INGIN MENGAMBIL BAHAGIAN dalam Majlis Konvokesyen Khas

Pelajar dikehendaki mengisikan secara online BORANG UP-15 - BORANG JAWAPAN KETIDAKHADIRAN yang boleh diakses dari laman web OUM.(Untuk tujuan tersebut pelajar diminta login ke myLMS, klik pada tab E-Services -> Exam Online -> Convocation > Unattendable Convocation Answer Form dan kemudian ikut ARAHAN seperti yang tercatat di borang tersebut.)

(3) Mustahak : Jika mana-mana graduan memilih untuk tidak mengambil bahagian dalam Majlis Konvokesyen Khas, beliau tidak akan dibenarkan untuk menghadiri lagi Majlis Konvokeyen OUM lain akan datang melainkan atas alasan luar biasa yang telah dimaklumkan awal kepada pihak OUM dan permohonan bertulis telah diterima dan diluluskan oleh pihak OUM.

5. PAKAIAN

Para graduan diwajibkan memakai pakaian rasmi dan pakaian akademik OUM bagi Majlis Konvokesyen seperti berikut:

(a) Pakaian Rasmi

Lelaki : baju kot (lounge suit ) berwarna gelap dan tali leher
Wanita : pakaian formal

Pakaian yang menutup mata dan/atau muka penuh tidak dibenarkan. Pihak OUM berkuasa melarang mana-mana graduan yang memakai pakaian tersebut untuk naik pentas pada upacara Majlis Konvokesyen Khas.

(b) Pakaian Akademik OUM

Jubah, topi dan selendang

6. YURAN KONVOKESYEN

(1) Para graduan yang ingin mengambil bahagian dalam Majlis Konvokesyen dikehendaki membayar Yuran Konvokesyen atas kadar RM 250.

Yuran Konvokesyen akan meliputi antara lain, sewaan Pakaian Akademik OUM dan bayaran gambar Konvokesyen.

(2) Yuran Konvokesyen boleh dibayar sebelum atau pada tarikh pengambilan Pakaian Akademik OUM yang dinyatakan dalam JADUAL PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK (Rujuk perenggan 8).

Pembayaran SEBELUM tarikh pengambilan Pakaian Akademik OUM hendaklah melalui salah satu daripada cara berikut :

(a) Bayaran terus melalui mana-mana cawangan berikut ke dalam akaun OUM:

Bank Islam (nombor akaun 14041-01-0053385), atau

Bank Simpanan Nasional Giro (nombor akaun 14100-29-00022495-2); atau

Para graduan digalakkan menggunakan cara pembayaran ini.

(b) Wang tunai di pejabat Bendahari, Kampus Induk OUM, Kuala Lumpur; atau

(c) Kad kredit Visa atau Mastercard di pejabat Bendahari Kampus Induk OUM, Kuala Lumpur; atau

(d) Kiriman wang pos atau cek yang disediakan atas nama UNITEM.

Perhatian: Pastikan resit pembayaran yang dikeluarkan oleh pihak Bendahari atau slip pembayaran Bank yang mana berkenaan, dicatatkan dengan kenyataan ”Bayaran Yuran Konvokesyen Khas”.

(3) Membawa bersama resit pembayaran atau slip pembayaran daripada Bank berkenaan pada tarikh untuk pengambilan Pakaian Akademik masing-masing.

7. PENYELESAIAN HUTANG UNIVERSITI

Para graduan yang masih berhutang yuran atau bayaran lain kepada Universiti hendaklah menyelesaikannya sebelum atau pada tarikh pengambilan Pakaian Akademik OUM. Kaunter akan disediakan bagi maksud berkenaan pada masa pengambilan Pakaian Akademik OUM.

PERHATIAN: Pihak OUM boleh menghalang dari penyertaan Majlis Konvokesyen, mana-mana graduan yang masih berhutang yuran atau bayaran lain kepada OUM.
8. PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK OUM

Berikut adalah JADUAL PENGAMBILAN PAKAIAN AKADEMIK OUM

Tarikh : 16 – 17 Mac 2010
Masa : 9.00 pagi – 5 petang
Tempat : Bilik Seminar, Blok B, Kampus Induk
OUM, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur

Para graduan yang ingin mengetahui arah dari ibu pejabat OUM ke PWTC dinasihatkan merujuk kepada Location Map di LAMPIRAN C.

PROSEDUR

Para graduan dikehendaki mengikut prosedur berikut untuk pengambilan Pakaian Akademik OUM. Sila rujuk juga kepada carta alir seperti dalam LAMPIRAN B

(1) Ambil nombor giliran dan BORANG PA - BORANG PENYEWAAN PAKAIAN AKADEMIK OUM yang akan diedarkan semasa pengambilan Pakaian Akademik OUM. Para graduan dinasihatkan membaca dan mengambil perhatian tentang Syarat-Syarat Penyewaan Pakaian Akademik OUM..

(2) Jika bayaran Yuran Konvokesyen (RM250) telah dibuat sebelum ini, sila membawa bersama resit yang dikeluarkan oleh pihak Bendahari atau slip pembayaran Bank, yang mana berkenaan. dan tunjukkan kepada pihak Bendahari yang bertugas;

(3) Jika bayaran Yuran Konvokesyen (RM250) belum dibuat, isi, tandatangan BORANG PA dan membuat bayaran kepada pihak Bendahari yang bertugas di tempat yang dinyatakan serta mengambil resit untuk bayaran berkenaan.

(4) Serahkan BORANG PA bersama dengan resit / slip pembayaran Yuran Konvokesyen yang mana berkenaan, kepada staf yang bertugas di kaunter Pengambilan Pakaian Akademik OUM;

(5) Ambil jubah, topi dan selendang dari staf yang bertugas;

(6) Periksa jubah, topi and selendang yang telah diambil. Jika tidak padan atau didapati tidak lengkap atau terkoyak, sila beritahu staf yang bertugas;

(7) Menuju ke kaunter di tempat yang sama untuk mengambil kad jemputan dan kad pintar yang menunjukkan nama graduan dan nombor graduan dalam susunan barisan / tempat duduk di Dewan Merdeka, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur.

Semasa kutipan, para graduan dinasihatkan menguji kad pintar dan menyemak maklumat di dalam kad serta sebutan nama graduan adalah betul. (Sila rujuk Lampiran D untuk contoh kad pintar)

PERHATIAN: Simpan DENGAN BAIK, kad jemputan dan kad pintar dan membawa bersama pada hari Majlis Konvokesyen. Pelajar yang tidak mempunyai atau menunjukkan kad pintar semasa perarakan TIDAK akan dibenarkan naik pentas bagi upacara pengurniaan ijazah

(8) Gosok (iron) jubah dan selendang sebelum hari Majlis Konvokesyen.

PERHATIAN: Pastikan Pakaian Akademik OUM yang diambil adalah lengkap dan dalam keadaan baik. PAKAIAN AKADEMIK YANG TELAH DIAMBIL DAN KEADAANNYA DISAHKAN BAIK OLEH PARA GRADUAN TIDAK AKAN DIGANTIKAN.


9. PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK OUM / PENGAMBILAN SIJIL IJAZAH DAN TRANSKRIP AKADEMIK

Pemulangan Pakaian Akademik dan pengambilan sijil Ijazah/Transkrip Akademik Rasmi adalah pada tarikh, masa dan di lokasi seperti berikut:

Pilihan 1 :-

Tarikh : 18 Mac 2010
Masa : 2.00 petang – 5.00 petang
Lokasi : PWTC (Bilik akan dimaklumkan kemudian)

Pilihan 2 :-

Tarikh :19 – 26 Mac 2010
Masa : 9.00 pagi – 5.00 petang
Tempat :Kampus Induk OUM,
Jalan Tun Ismail, Kuala
Lumpur (Bilik akan dimaklumkan kemudian)

Pilihan 3 :-

Tarikh :Selepas 26 Mac 2010
Masa : Waktu pejabat Kampus (Isnin – Jumaat: 8.30 pagi –5.30 petang)
Rehat: Isnin – Khamis: 1.00– 2.00 ptg
Jumaat: 12.30 thghari –2.30 petang
Tempat : Induk OUM
Unit Konvokesyen (Pemulangan Pakaian Akademik) dan
Unit Penilaian dan Peperiksaan (Pengambilan Transkrip dan Skrol),
Kampus Induk OUM,
Jalan Tun Ismail, Kuala
Lumpur

* Denda pemulangan lewat akan dikenakan dengan kadar RM5.00 sehari mulai 29 MAC 2010.

10. KAD JEMPUTAN

Setiap graduan akan diberikan dua kad jemputan untuk dua orang saudara mara masuk dewan pada hari Majlis Konvokesyen. Kad jemputan yang hilang tidak akan digantikan. Kanak-kanak di bawah umur dua belas (12) tahun tidak akan dibenarkan masuk ke dalam Dewan Merdeka bagi Majlis Konvokesyen.

Pihak OUM akan menyediakan ruang di Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur bagi saudara mara graduan yang lain menyaksikan upacara Majlis Konvokesyen melalui CCTV.

11. TEMPAT MELETAK KERETA / PERKHIDMATAN SHUTTLE OUM

Tempat meletak kereta di PWTC dan kawasan berhampiran adalah terhad. Oleh itu para graduan dinasihatkan datang awal dengan berkongsi kereta. Bayaran untuk tempat meletak kereta adalah tanggungan graduan. Graduan digalak meletakkan kenderaan di kawasan pakir OUM.

Pihak OUM akan menyediakan pengangkutan shuttle mengikut JADUAL PENGANGKUTAN SHUTTLE seperti berikut:

TEMPOH : 18 MAC 2010
SHUTTLE : DARI OUM KL KE PWTC dan DARI PWTC KE OUM KL
MASA : 6.30 pagi – 9.00 pagi dan 12.00 tengahari – 2.00 petang
TEMPAT MENUNGGU :
OUM - Dataran OUM (berhadapan Perpustakaan Digital OUM)
PWTC - Ruang menunggu kenderaan

12. GAMBAR FOTO

Jurugambar rasmi yang dilantik oleh pihak OUM akan mengambil gambar graduan semasa Majlis Konvokesyen.

Jurugambar rasmi akan memberitahu para graduan tentang tarikh dan tempat untuk mengutip gambar Konvokesyen yang telah siap. Semua pertanyaan berkenaan gambar Konvokesyen hendaklah dirujuk kepada jurugambar rasmi pada waktu pengambilan Pakaian Akademik OUM dan bukan kepada pihak OUM.

Semasa upacara Majlis Konvokesyen, pihak OUM memohon kerjasama saudara mara graduan jangan bergerak dari tempat duduk masing-masing untuk mengambil gambar kerana akan mengganggu perjalanan Majlis.

13. TATACARA KONVOKESYEN

Para graduan adalah dinasihatkan merujuk kepada tayangan video/slaid, yang akan dimuatnaik dalam laman web OUM kemudian, tentang cara betul untuk memakai jubah selendang dan topi, penggunaan kad pintar, tatacara pergerakan dari tempat duduk ke pentas ke tempat duduk dan penerimaan kotak/folder sijil Ijazah di atas pentas.

14. HARI MAJLIS KONVOKESYEN - MASA DAN TEMPAT BERKUMPUL

Pada hari Majlis, apabila tiba di Putra World Trade Centre, para graduan hendaklah mara terus ke Anjung Merdeka, Aras 4, Putra World Trade Centre, Kuala Lumpur untuk berkumpul SEBELUM jam 8.00 pagi.

Selepas berkumpul di Anjung Merdeka, staf OUM yang bertugas akan membantu graduan berbaris mengikut barisan yang ditentukan, mengiringi graduan masuk Dewan Merdeka dan mengambil tempat duduk masing-masing. Kerjasama para graduan untuk berkumpul di Anjung Merdeka pada waktu yang ditetapkan dan mematuhi arahan staf OUM yang bertugas amatlah diperlukan supaya Majlis Konvokesyen dapat berjalan dengan lancar.

Semasa Majlis sedang berlangsung, para graduan tidak dibenarkan bergerak dari tempat duduk masing-masing melainkan pada waktu masa untuk naik pentas menerima kotak/folder sijil Ijazah.

15. CETAKAN NAMA BAGI SIJIL IJAZAH DAN TRANSKRIP AKADEMIK RASMI

Sijil Ijazah dan Transkrip Akademik Rasmi akan dicetak mengikut nama/ejaan nama dalam rekod pelajar OUM. Jika nama/ejaan nama dalam rekod pelajar OUM tidak tepat atau telah ditukar, graduan berkenaan hendaklah memberitahu nama/ejaan nama yang tepat kepada pihak Unit Rekod dan Operasi (no tel: 03- 27732430/ 2428/ 2429 atau melalui faks ke talian 03-2697 8795) sebelum 18 Februari 2010. Selepas tarikh ini, permintaan untuk menukar nama/ejaan nama yang tercatat pada sijil Ijazah dan Transkrip Akademik Rasmi TIDAK AKAN DILAYANI.

PERHATIAN : Pada Majlis Konvokesyen yang lalu, terdapat graduan yang tidak boleh mengambil sijil Ijazah dan Transkrip Akademik Rasmi kerana nama/ejaan nama mereka pada sijil Ijazah dan Transkrip Akademik Rasmi adalah tidak sama dengan nama/ejaan nama pada kad pengenalan. Oleh itu, graduan harus menyemak dan memastikan nama/ejaan nama dalam rekod pelajar OUM adalah tepat supaya masalah tidak berbangkit semasa pengambilan dokumen ini. Sekira sijil Ijazah dan Transkrip Akademik Rasmi terpaksa digantikan kerana kesilapan nama/ejaan nama yang tidak dikemaskinikan awal oleh graduan, kos penggantian sijil/transkrip akan ditanggung oleh graduan berkenaan.

16. PENGAMBILAN SIJIL IJAZAH DAN TRANSKRIP AKADEMIK RASMI

Sijil Ijazah dan Transkrip Akademik Rasmi akan diedarkan pada tarikh dan masa pemulangan Pakaian Akademik mengikut JADUAL PEMULANGAN PAKAIAN AKADEMIK seperti yang dinyatakan dalam perenggan 8 di atas.

Sijil Ijazah HANYA akan diserahkan apabila graduan telah memulangkan Pakaian Akademik OUM dan/atau telah menyelesaikan hutang yuran / bayaran lain OUM yang mana berkenaan.

PARA GRADUAN DINASIHATKAN MENYIMPAN SIJIL IJAZAH MASING-MASING
DENGAN SELAMAT KERANA SIJIL GANTIAN TIDAK AKAN DIKELUARKAN.

17. PENGAMBILAN SIJIL IJAZAH DAN TRANSKRIP AKADEMIK RASMI BAGI PIHAK

Demi keselamatan sijil Ijazah dan transkrip masing-masing, pengambilan bagi pihak graduan amat tidak digalakkan. Namun, jika seorang graduan langsung tidak dapat mengambil sendiri sijil Ijazah atas sebab yang tidak dapat dielakkan, beliau boleh memberi kuasa kepada saudara mara terdekat untuk mengambil bagi pihaknya mengikuti prosedur seperti berikut:

(a) Buat permohonan bertulis kepada Timbalan Pengurus Besar (Penilaian dan Peperiksaan), Unit Penilaian dan Peperiksaan, Registri, Open Universiti Malaysia, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur untuk saudara mara berkenaan mengambil sijil bagi pihak.

(b) Berikan butir-butir saudara mara (contoh: nama, kad pengenalan, tali persaudaraan, pekerjaan) yang akan mengambil bagi pihak dalam surat permohonan rasmi anda.

(c) Tandatangan surat permohonan rasmi anda di hadapan seorang saksi yang terdiri daripada pegawai sektor awam berjawatan kumpulan A, pegawai undang-undang, Pesuruhjaya Sumpah. Pastikan jawatan dan cop organisasi saksi berkenaan adalah pada surat permohonan rasmi.

(d) Berikan surat permohonan rasmi bersama dengan kad matrikulasi, salinan kad pengenalan atau dokumen pengenalan lain anda dan slip pemulangan Pakaian Akademik OUM (jika berkenaan) kepada saudara mara yang telah diberi kuasa. Suruh beliau menyerah surat permohonan rasmi dan dokumen yang dinyatakan kepada pihak Unit Penilaian dan Peperiksaan semasa pengambilan sijil Ijazah.

Pihak OUM berhak menolak permohonan pengambilan sijil bagi pihak jika surat rasmi permohonan dan dokumen yang perlu adalah tidak lengkap.

OUM tidak akan bertanggungjawab jika sijil yang diambil bagi pihak tidak sampai kepada graduan sendiri dan juga tidak akan menggantikan sijil yang hilang dengan sijil baru.


18. PERTANYAAN

Jika ada pertanyaan berkenaan perkara berikut, sila hubungi pegawai di talian yang dinyatakan :

(a) Majlis Konvokesyen, Pengambilan Sijil dan Transkrip Akademik Rasmi Unit Penilaian dan Peperiksaan di talian 03-27732626, 2757 dan 2764

(b) Pengambilan/Pemulangan Pakaian Akademik

(i) Encik Mahfar Abd Rahman 03-27732426
(ii) Puan Khairani Abd Razak 03-27732788
(iii) Encik Mohd Nasir Selamat 03-27732322

(c) Pembayaran Yuran Konvokesyen dan Yuran Tertunggak

(i) Encik Syahrul Effendi Sulaiman 03-27732036
(ii) Puan Ahazawiyah Bahrom 03-27732032
(iii) Cik Siti Rohani Baharom 03-27732111
(iv) Cik Norafizah Omar 03-27732282

UNIT PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN,
REGISTRI, OPEN UNIVERSITY MALAYSIA
JANUARI 2010


p/s : Sila rujuk lampiran pada laman web http://lms.oum.edu.my untuk keterangan lanjut.

No comments:

Post a Comment