Sunday, March 27, 2011

Berkenaan Cukai Pendapatan

Berikut beberapa maklumat berkenaan cukai pendapatan yang diperolehi daripada laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN):

1. Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP, elaun sara hidup COLA, elaun khidmat awam, elaun perumahan dan lain-lain) perlu mendaftar fail cukai pendapatan. Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.

2. Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran. Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran adalah seperti berikut:
  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).

Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.

Walau bagaimanapun, pembayar cukai boleh menuntut pelepasan, rebat seperti zakat dan nilai tempat kediaman disediakan oleh majikan secara bulanan untuk mendapatkan jumlah potongan lebih tepat.

Antara pelepasan yang boleh dituntut seperti bil perubatan ibu bapa, pembelian komputer, yuran melanjutkan pelajaran, buku dan pelepasan lain. Tuntutan itu mengurangkan jumlah PCB dan memberi gambaran lebih jelas terhadap jumlah sebenar cukai mereka.

Tuntutan itu boleh dilakukan menerusi borang khas (diperoleh melalui majikan atau laman web LHDN) yang kemudian dikemukakan kepada bahagian gaji majikan sama ada secara bulanan atau tiga bulan sekali atau enam bulan sekali bergantung kepada ketetapan dibuat majikan.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang LHDN di http://www.hasil.gov.my

No comments:

Post a Comment