Wednesday, September 30, 2009

Kursus Pemantapan Imam dan Bilal


Memang agak janggal bunyinyakan? Lebih-lebih lagi pesertanya ada yang di kalangan perempuan. Tapi yang janggal tu la banyak sangat kelebihannya. Walaupun assigment perlu dihantar minggu depan tapi sisa-sisa masa yang ada perlu diisi dengan menambahkan ilmu-ilmu wajib sebelum dipostingkan ke mana-mana tempat yang ditetapkan. Maklumlah title 'ustaz' dan 'ustazah' menggambarkan ilmu yang cukup tinggi dan boleh dipercayai oleh masyarakat setempat walaupun hakikatnya mungkin tidak begitu. Di sini kami sertakan beberapa butir program dan jadual aktiviti kami selama 3 hari ini:

Tarikh : 29 September - 1 Oktober 2009
Hari : Selasa-Khamis
Tempat : Dewan Syarahan Al-Marbawi, IPIS
Sasaran: Pelajar PISMK OUM dan KPLI ambilan Julai 2009

Jadual program:

Selasa

8.00-9.00 pg - Panduan Hafazan oleh Us. Hasim
9.00-10.00 pg - Taklimat Disiplin Program oleh En Mohd Zin
10.30-12.30 pg - Tatacara Profesional Imam dan Bilal oleh Us. Razak Mahadi
2.30-4.30 ptg - Solat : Ta'rif, Hukum, Jenis, Syarat Sah dan Syarat Wajib
oleh Us. Ismail Che Ku
9.00-11.00 mlm - Solat : Rukun, Sunat-sunat dan Perkara yang Membatalkan Solat oleh Us. Jabar

Rabu

8.00-10.00 pg - Solat Jemaah : Hukum, Fadhilat dan Kedudukan Makmum oleh Us. Zuraini
10.30-12.30 pg - Solat Jumaat dan Khutbah oleh Us. Sabri Ahmad Zabidi
2.30-4.30 ptg - Praktikal 1 (Al-Fatihah, Bacaan Lain dalam Solat, Tasmi', Hafazan
Surah, Wirid dan Doa) oleh Semua Pensyarah JAPIM, JQS dan JBA
9.00-11.00 mlm - Persiapan khutbah

Khamis

8.00-10.00 pg - Persoalan-persoalan dalam Solat oleh Us. Abd Hamid Sulaiman
10.30-12.30 pg - Praktikal 2 (Khutbah Jumaat oleh peserta)
2.30-4.30 ptg - Majlis Penutup Kursus

Wednesday, September 16, 2009

Cuti Khas Aidilfitri..


Berita hari ini cuti khas akan diberikan kepada sekolah-sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tanpa perlu menggantikannya atau menjadikannya cuti peristiwa. Berita ini sekaligus memansuhkan kenyataan Cikgu Mohd Zin baru-baru ini supaya pelajar mem'burn'kan tiket mereka bagi sesiapa yang berniat untuk pulang sebelum hari Jumaat, hehe.. Seronoklah individu-individu yang tak sabar nak balik ke kampung masing-masing. Tak payah la nak naik teksi ye. Ini dia berita terkini yang diperolehi setakat ni:


Sekolah cuti khas Jumaat ini

16/09/2009 4:42pm


PUTRAJAYA 16 Sept. — Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata, pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.

Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media.

Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. - Bernama

Ijtima' Hari Raya PPISMP MPI 2004-2005


Pengumuman!
Kepada semua ex-student PPISMP MPI (2004-2005), satu Perjumpaan Ijtima' Hari Raya Aidilfitri akan diadakan bagi mengumpulkan sahabat-sahabat kelahiran MPI dari semua IPGM iaitu dari IPIS sendiri, IPDA, IPBA, IPIP, IPPM serta Institut di Sabah dan Sarawak. Butir-butir ijtima' tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 2 - 3 Oktober 2009
Hari : Jumaat dan Sabtu
Tempat : Bilik Taranum IPIS


Bagi menjayakan program reunion ini, anda yang berkenaan dikehendaki untuk :

1) Menconfirmkan kehadiran selewat-lewatnya pada 28 September 2009 kepada Ahmad Munsif bin Ismail (013-3643345) atau Norsyahidah bt Muzakir (013-2043345).

2) Menghantar nama penuh, no kad pengenalan, alamat rumah, alamat institut yang terkini, email, alamat blog (jika ada) serta gambar terkini ke email pismkpis@gmail.com selewat-lewatnya pada 28 September 2009 bagi memudahkan pengurusan program reunion pada masa akan datang.

Sekiranya anda tidak berbuat demikian, maklumat diri anda tidak akan dikemaskinikan.

Kemudahan tempat penginapan disediakan.

Sebarang masalah sila hubungi kami dengan segera.

AJK yang terlibat :

Pengarah : Mohd Firdaus Adam
Timbalan Pengarah : Noor Zaeema
Penyelaras Program : Ahmad Munsif
Timbalan Penyelaras Program : Norsyahidah
Setiausaha : Mohd Firdaus Saad
Naib Setiausaha : Siti Azizah
Bendahari : Nik Azman
Naib Bendahari : Nurfarhana
Seranta : Mohd Firdaus Adam dan Dy Ezreny
Perhubungan dan Publisiti : Ahmad Munsif, Norsyahidah dan Aishah
Makanan : Mohd Syuhill, Noor Nasuha dan Nurfarhana
Persiapan Tempat : Nik Azman dan Shazana
Penerbitan : Ridhiallah, Muslihah, Nurul Wahida dan Nurul Hafazah
Tugas-tugas Khas : Mohd Azmil, Noor Zaeema dan Thuaibatul Akmar
Pengangkutan : Mohd Hakimi, Farhanna dan A'sah

Penginapan dan Sambutan : Sufiayan Anas, Aminah Syuhada dan Saleha

Tentatif Program :

2 Oktober 2009 (Jumaat)

6.00 petang - Ketibaan / Penginapan
- Aktiviti bebas

3 Oktober 2009 (Sabtu)

7.30 pagi - Sarapan
8.30 pagi - Mengambil tempat di Dewan Syarahan Marbawi
- Slot Taaruf / Ramah Mesra
- Perkongsian Antara Pelajar (Wakil Kampus)
10.00 pagi - Minum pagi
10.30 pagi - Dialog / Forum
12.00 tengahari - Majlis Penutup
12.45 tengahari - Jamuan Hari Raya dan Bersurai

Posting oh posting..


Posting ni bukan posting blog yer tapi ni posting yang menentukan masa depan kami semua. Isnin baru-baru ni Penyelaras PISMK OUM IPIS telah memberi beberapa taklimat tentang perjalanan kursus kami sebelum dipostingkan. Bagi sesiapa yang tidak hadir, boleh rujuk maklumat posting yang diberikan semasa taklimat tersebut. Tetapi diingatkan, maklumat ni merupakan kebarangkalian besar yang akan dilaksanakan. Belum confirm sepenuhnya. Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa, Insya Allah..

* 26-28 Oktober 2009 - Final Exam (Ilmu Tajwid pada 27hb dan Usul Fiqh pada 28hb)

* 2-5 November 2009 - Kursus wajib 4 hari (Tajuk kursus akan diberitahu kemudian mengikut pilihan institut)

* 6-23 November 2009 - Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM)

* 24-30 November 2009 - Cuti Akhir Segala Semester (tak perlu kembali ke IPG lagi!)

* 1 Disember 2009 - Posting!

p/s- Biro Tatanegara (BTN), Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) tidak dijalankan pada tahun 2009 manakala Konvokesyen dijangka pada bulan 11 tahun 2010 ( Mungkin akan diawalkan).

Wallahu a'lam. Harap maklum.

Tuesday, September 15, 2009

Program Ukhuwah Muslimat

Bestnyeeerrr... Dapat gak muslimat PISMK 8.01 buat program ukhwah sendiri.. Kali ni program dianjurkan oleh Muslimat PISMK 8.01 Blok E.. Kita nantikan pula anjuran program Ijtima' Aidilfitri oleh Muslimat PISMK 8.01 Blok D pulak ye.. Tak sabar rasanya! Hehe.. Program ni diadakan di Bilik TV Blok E dengan kerjasama beberapa AJK yang telah dilantik. Semua muslimat hadir kecuali A'sah dan Dayang. Hehe faham2 lerr.. Tentatif yang dijalankan seperti berikut:

6.45 petang - Bacaan Ma'thurat
7.oo malam - Persiapan Berbuka Puasa
7.18 malam - Makan Ringan (kuih)
7.30 malam - Solat Maghrib Berjemaah
7.45 malam - Jamuan Berbuka Puasa "dalam talam"
8.30 malam - Solat Isya' Berjemaah
8.45 malam - Solat Tarawih Berjemaah
9.45 malam - Tazkirah Ringkas
10.00 malam - Bersurai

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik. Maaf di atas segala kekurangan dari penganjur. hehe.. Terima kasih atas kerjasama semua. Gambar-gambar ni khas buat tatapan Dayang dan A'sah ye.. :P


Monday, September 14, 2009

Majlis berbuka puasa..

Banyaknyer la majlis berbuka puasa di Bulan Ramadhan ni. Kelas kami pun tak ketinggalan nak meraikan iftar bersama-sama. Iftar diadakan pada Selasa bersamaan dengan 18 Ramadhan 1430 Hijrah. Walaupun pensyarah tak datang tapi majlis tetap meriah dengan kehadiran VVIP peringkat kelas, hehe.. Maklumlah lec nak berbuka dengan keluarga masing-masing. Tak ada idea nak cerita. Tengok gambar jelah eh. Sesiapa yang rasa gambar die tak ada, bleh la upload sendiri ye. jangan mareee...


VVIP yang dijemput khas...


Gaya penceramah motivasi gitu..


Dah ready nak buka puasa.. Sedapnyeee..!


cepat la.. nak tengok gak.. - saba' no.. che' nak tengok muka che' ada x.. ;)

Saturday, September 12, 2009

Ukhuwah kami.. Semoga sentiasa bersemi!

Menjenguk kembali gambar-gambar lama menjadikan kami tersenyum sendirian. Seronoknya bila dapat berkumpul seramai 16 orang muslimat PISMK PAI ni. Bukan senang nak berkumpul. Maklumlah masing-masing ada tanggungjawab dan peranan masing-masing yang perlu diselesaikan. Kalau nak kata perselisihan faham, mana boleh tak berlaku..Perkara-perkara tu rencah dalam kehidupan kami untuk menambahkan kematangan dan kemesraan yang diharap akan terus berkekalan walaupun dipisahkan dua blok yang berbeza..Percaya atau tidak??? Mari kita tengok buktinya.. Jeng.. jeng.. jeng..

Eh korang... nape sume pakali baju batik??? Baju aku tinggal di Sabah baa...


Eh.. Ada org nak ambil gambar kita la.. Tu die..!


Cepat-cepat.. yang pendek depan.. yang tinggi belakang..


okey... ready... snap!

Takkan satu je kot.. Lagi sekali.. Senyum iklan gigi.. ;)





Friday, September 11, 2009

Malam Lailatul Qadr


Sedar tak sedar kita sudah menghampiri 22 Ramadhan iaitu antara 10 malam terakhir. Bila menyebut tentang 10 malam terakhir pastinya kita akan terbayang satu malam yang diidam-idamkan oleh semua muslimin dan muslimat iaitu Malam Lailatul Qadr.. Banyak khilaf yang kita dengar dalam menentukan malam ke berapakah yang berkemungkinan besar menjadi malam lailatul Qadr.. Ada yang menyatakan hari-hari ganjil, malah tak kurang juga ada yang menetapkan malam yang ke 27.. Wallahu'alam.. Tetapi apa yang pentingnya di sini, bukan kita sibuk menentukan malam yang tepat untuk kita melebihkan ibadah daripada hari-hari lain, bahkan setiap hari kita perlu istiqamah dalam mengerjakan ibadah-ibadah ini.. Bila kita istiqamah insya Allah kemungkinan untuk beribadah di malam lailatul Qadr secara tidak langsung akan terlaksana juga.

Seperti yang kita tau, malam lailatul Qadr ini dinyatakan oleh Allah menerusi firmannya di dalam surah Al-Qadr tentang beberapa kelebihan yang amat berbeza daripada hari-hari yang lain.

Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.

Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.

Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:

Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).

Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:

Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Akan tetapi, untuk membuka pintu malam lailatul qadr ini, kita pastinya memerlukan beberapa kunci. Perkara pertama yang menjadi aspek penting kepada kita mendapatkan “Kunci Malam Lailatul Qadr” ialah ‘iman’ yang yakin kepada Allah SWT. Iman yang yakin sepenuhnya kepada Khalik dengan sendirinya akan membawa seseorang tamu ramadhan di bawa menuju ke majlis “malam lailatul qadr”. Orang-orang yang beriman dengan penuh keyakinan akan dapat menghirup lazatnya malam lailatul qadr. Sedangkan orang yang kosong hatinya daripada ‘iman yang yakin’, mereka akan merasai lazatnya tidur di malam lailatul qadr.

Kuncinya juga ada dengan sifat taqwa. Taqwa iaitu ‘menurut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT’ dengan hati yang ikhlas dan bersih. Dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman yang menunjukkan kata kunci hasil daripada tarbiyyah Ramadhan ialah “taqwa”. Renungi jauh-jauh ke dalam diri kita setakat mana kita ingin meraih pangkat ‘taqwa’, sedangkan perintah dan larangan Allah SWT kita seringkali lalai. Kunci yang seterusnya ialah taubat. Sepuluh malam pertama merupakan pembukaan pintu taubat kepada orang-orang yang beriman. Bagaimana kita ingin menggapai lailatul qadr, sedangkan hati dan jiwa penuh dengan dosa dan noda. Antara noda yang paling besar menggelapkan hati ialah ‘iman yang syak’ kepada Allah SWT. Masih ragu dengan kebesaran Allah SWT.

Kunci yang seterusnya ialah sentiasa berdoa dengan penuh keihklasan. “Ya Allah, aku hambaMu yang lemah ini amat merindui untuk meneguk kemanisan lailatul qadr. Ya Allah permudahkanku untuk bertemu denganNya”. Hanya yang benar-benar ikhlas nak memasuki majlis lailatul qadr sahaja yang akan mengecapinya dengan doa yang sentiasa dibacanya dengan sepenuh hati.

Kunci yang seterusnya ialah banyakkan Selawat kepada Rasulullah SAW. Dengan berkat selawat kepada Junjungan Besar ini akan mempermudahkan laluan kita untuk berjumpa lailatul Qadr. Cintailah Allah dan Rasulullah SAW dengan cinta yang hakiki dan anda pasti menikmatinya.

Semoga kita dapat bersama-sama melakukan i'tikaf di masjid dan berqiamullail dalam mencari rahmat dan maghfirah daripada Allah s.w.t seterusnya menemui MALAM LAILATUL QADR.. Insya Allah..



Thursday, September 10, 2009

Afganistan mariii....

Jumaat lepas iaitu bersamaan 15 September 2009, sekumpulan cikgu-cikgu dari Afganistan datang ke IPGM-KAMPIS untuk berkongsi kaedah pengajaran 'mikro teaching' di Malaysia. Tajuk yang dijadikan isi pembelajaran di bawah subjek Pendidikan Islam Tahun 5 iaitu Solat Berjemaah..= Terpaksalah kami sekelas berlakon seperti murid-murid tahun 5. Tahniah diucapkan kepada ustazah k.ana dan ustazah cyba yang mantap dan 'kecindan'.. Minta maaf ye atas kenakalan kami murid-murid tahun 5.. hehe.. Semoga kita dapat menjadikan pengalaman tersebut sebagai panduan kita untuk mengajar nanti. Gambar tak banyak nak dikongsikan. Maklumlah student tak boleh bawa handset.. =)


Yeee... Ini dia barisan jejaka dari Afganistan... Ala-ala Taliban gitu..


Ramainya... khusyuk lagi... alamak, ada plak student tertido.. macamana ni ustazah?


Amacam??? Sama tak muka 'ana' dengan kakak ni??? hehe..


Berebut-rebut nak bergambar.. Yelahkan bukan selalu dapat jumpa..




Bermula di sini...

Alhamdulillah.. Akhirnya muncul juga blog rasmi PISMK OUM Pendidikan Islam IPGM Kampus Pendidikan Islam ni.. Diharap blog ini dapat mengeratkan ukhuwah antara kita semua walaupun bakal dipisahkan dengan perjalanan yang jauh berbatu. Kenangan bersama mungkin belum dapat dirasai sekarang tapi percayalah dengan berpisahnya kita nanti Insya Allah kenangan ini pasti sangat-sangat dihargai. Perpisahan yang bakal dihadapi nanti adalah perpisahan jasad semata-mata. Sebaliknya, hati mesti terus bersatu. Anggaplah kita akan bertebaran di muka bumi Allah ini untuk menjalankan tugasan sebagai khalifah Allah di muka bumi..Itulah sebenar-benar peranan seorang GREAT MURABBI,Insya Allah. Bersama-samalah kita istiqamah dalam perjuangan walaupun manusia ini pastinya tidak sempurna.. GREAT MURABBI akan terus memberi manfaat kepada para pembaca amnya dan khususnya menjadi peringatan diri sendiri. Oleh itu, manfaatkanlah ia sebaiknya...