Seperti yang kita tau, malam lailatul Qadr ini dinyatakan oleh Allah menerusi firmannya di dalam surah Al-Qadr tentang beberapa kelebihan yang amat berbeza daripada hari-hari yang lain.
Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.
Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.
Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:
“Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).
Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:
Akan tetapi, untuk membuka pintu malam lailatul qadr ini, kita pastinya memerlukan beberapa kunci. Perkara pertama yang menjadi aspek penting kepada kita mendapatkan “Kunci Malam Lailatul Qadr” ialah ‘iman’ yang yakin kepada Allah SWT. Iman yang yakin sepenuhnya kepada Khalik dengan sendirinya akan membawa seseorang tamu ramadhan di bawa menuju ke majlis “malam lailatul qadr”. Orang-orang yang beriman dengan penuh keyakinan akan dapat menghirup lazatnya malam lailatul qadr. Sedangkan orang yang kosong hatinya daripada ‘iman yang yakin’, mereka akan merasai lazatnya tidur di malam lailatul qadr.“Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kuncinya juga ada dengan sifat taqwa. Taqwa iaitu ‘menurut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan segala larangan Allah SWT’ dengan hati yang ikhlas dan bersih. Dalam al-Quran Allah SWT telah berfirman yang menunjukkan kata kunci hasil daripada tarbiyyah Ramadhan ialah “taqwa”. Renungi jauh-jauh ke dalam diri kita setakat mana kita ingin meraih pangkat ‘taqwa’, sedangkan perintah dan larangan Allah SWT kita seringkali lalai. Kunci yang seterusnya ialah taubat. Sepuluh malam pertama merupakan pembukaan pintu taubat kepada orang-orang yang beriman. Bagaimana kita ingin menggapai lailatul qadr, sedangkan hati dan jiwa penuh dengan dosa dan noda. Antara noda yang paling besar menggelapkan hati ialah ‘iman yang syak’ kepada Allah SWT. Masih ragu dengan kebesaran Allah SWT.
Kunci yang seterusnya ialah sentiasa berdoa dengan penuh keihklasan. “Ya Allah, aku hambaMu yang lemah ini amat merindui untuk meneguk kemanisan lailatul qadr. Ya Allah permudahkanku untuk bertemu denganNya”. Hanya yang benar-benar ikhlas nak memasuki majlis lailatul qadr sahaja yang akan mengecapinya dengan doa yang sentiasa dibacanya dengan sepenuh hati.
Kunci yang seterusnya ialah banyakkan Selawat kepada Rasulullah SAW. Dengan berkat selawat kepada Junjungan Besar ini akan mempermudahkan laluan kita untuk berjumpa lailatul Qadr. Cintailah Allah dan Rasulullah SAW dengan cinta yang hakiki dan anda pasti menikmatinya.
Semoga kita dapat bersama-sama melakukan i'tikaf di masjid dan berqiamullail dalam mencari rahmat dan maghfirah daripada Allah s.w.t seterusnya menemui MALAM LAILATUL QADR.. Insya Allah..
No comments:
Post a Comment