Wednesday, September 16, 2009

Cuti Khas Aidilfitri..


Berita hari ini cuti khas akan diberikan kepada sekolah-sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tanpa perlu menggantikannya atau menjadikannya cuti peristiwa. Berita ini sekaligus memansuhkan kenyataan Cikgu Mohd Zin baru-baru ini supaya pelajar mem'burn'kan tiket mereka bagi sesiapa yang berniat untuk pulang sebelum hari Jumaat, hehe.. Seronoklah individu-individu yang tak sabar nak balik ke kampung masing-masing. Tak payah la nak naik teksi ye. Ini dia berita terkini yang diperolehi setakat ni:


Sekolah cuti khas Jumaat ini

16/09/2009 4:42pm


PUTRAJAYA 16 Sept. — Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata, pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.

Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media.

Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. - Bernama

No comments:

Post a Comment