Di kesempatan ini, kami dari warga ingin mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Ustaz Mohamad Syuhill bin Soid dan pasangannya Nur Qurratu'Aini binti Mohd Rodzi yang akan melangsungkan perkahwinan mereka pada Isnin, 7 Jun 2010. Juga kepada Ustaz Ahmad Munsif bin Ismail dan pasangan, Ustazah Norsyahidah binti Muzakir yang akan mengadakan Majlis Sambut Menantu pada Sabtu, 5 Jun 2010.
"Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat"
(Doa Nabi SAW pada hari pernikahan puteri baginda Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib)
Pada entry ini juga, tahniah diucapkan kepada Ustaz Ridhiallah bin Hanifha dan isteri serta Ustazah Noor Nasuha binti Mohd Najib dan suami atas kelahiran cahaya mata sulung mereka, Ahmad Hakim bin Ridhiallah dan Nur Faqihah.
Doa Nabi Ibrahim 'alaihis salam, "Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh" (QS. Ash-Shafat: 100).
p/s: Kepada sahabat-sahabat khususnya yang telah mengikat tali pertunangan, jangan lupa jemput kami ke majlis walimah nanti ya!
saya tunggu kad jemputan dari akak tau... =)
ReplyDeleteerr..yg tu tak tau nak cakap..baik jangan tunggu,takut tak berbaloi menunggu..hehe.. ;)
ReplyDelete