Tuesday, October 20, 2009

Mencabar Hukum Islam!!

Pada akhir-akhir ini kita dihangatkan dengan Isu Arak yang mengaitkan Kartika Sari Dewi Shukarno yang ditangkap ketika minum arak oleh Jabatan Agama Islam Kuantan. Hukuman 6 kali sebatan yang dijatuhkan kepada beliau oleh mahkamah Tinggi Syariah telah membuka banyak mata pihak-pihak tertentu. Pihak-pihak yang memberi pandangan tentang isu sebatan ini kebanyakkan hanya bercakap berdasarkan hukum akal sahaja sedangkan hukuman minum arak telah ditetapkan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.

Hukuman yang ditetapkan Allah ini sepatutnya telah lama dijalankan tanpa merasa belas kasihan kepada pesalah. Yang menjadi masalahnya apabila terdapat pihak-pihak yang bertanggungjawab mencampuri urusan mahkamah Syariah seterusnya mempertikaikan perlaksanaan hukuman tersebut. Sedangkan ketika zaman Rasulullah s.a.w, setelah cukup bukti dan saksi maka hukuman terus dijalankan. Malah ada yang menyerah diri kepada Rasulullah s.a.w mengaku bersalah dan minta dihukum. Malang yang berlaku di sini ialah apabila hukuman belum lagi dijalankan, terdapat desas desus yang dianggap biadap mencabar hukum Allah Ta’ala. Antara cadangan yang tidak sepatutnya diutarakan ialah Dato’ Sri Najib Tun Razak meminta kepada Kartika supaya merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi untuk meringankan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap dirinya. Hukum sebenar pesalah minum arak di dalam Islam ialah 40 kali sebatan. 6 sebatan yang dijatuhkan ke atas Kartika sebenarnya masih terlalu jauh dengan jumlah tersebut. Sekiranya dikurangkan lagi hukuman 6 sebatan itu, berapa yang tinggal untuk dijadikan sebagai hukuman dari Allah s.w.t???Hukum sebat yang ditetapkan oleh Islam sebenarnya adalah di atas tujuan mendidik bukan untuk membunuh. Akan tetapi kita sering dimomok-momokkan tentang kekejaman hukum islam. Maklumat mengenai perbezaan hukum sebatan sivil yang menggerunkan dengan hukuman sebatan cara islam yang mendidik iaitu :

SEBAT CARA ISLAM

1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL

1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

duniacacamarba.blogspot.com

Terdapat juga yang menyatakan rasa belas kasihan kerana Kartika merupakan seorang wanita. Mereka ragu-ragu atas kelemahan wanita sebagai alasan mereka terlepas daripada hukuman hudud. Sedangkan di dalam Islam, aspek menghukum sama ada mencuri, berzina, minum arak dan sebagainya tidak menjadikan soal jantina sebagai penghalang kerana kedua-duanya dihukum sama rata. Mantan Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pula turut mempersoalkan relevensi hukuman ini & meminta penghujahan ilmiah daripada kalangan mereka yang pakar dalam persoalan hukum-hakam Islam terhadap hukuman ini. Lebih terul lagi apabila Sister In Islam yang dipelopori oleh wanita Islam sendiri tanpa takutkan hukuman Allah s.w.t telah menghantar memorandum kepada Perdana menteri supaya hukuman syariah ini DIMANSUHKAN.. Amat jahil manusia pada hari ini kerana kesilapan tidak berTuhankan Allah, tidak berpandukan sunnah Rasulullah s.a.w, tidak berlandaskan kitab Al-Quran, Tidak menyedari malaikat sentiasa mengawasi, tidak takutkan hari qiamat, maka inilah yang terhasil.. Kejahilan yang memalukan ini, lebih mengaibkan dengan kononnya Malaysia adalah negara Islam. Bak kata seorang peguam syariah Nur Fadlina Sidik yang telah hadir ke Forum berkenaan Isu Kartika di Masjid As-Syafie, “ Malaysia ini bukan negara Islam.. Bukan juga negara sekular… Habis negara apa???? Negara yang bukan-bukan… Bukan Islam bukan sekular..” Percampuran ini sebenarnya hanya memeningkan kepala rakyat.. Istilah-istilah masyarakat madani, masyarakat hadari, masyarakat 1 malaysia hanyalah permainan politik semata-mata. Itulah beratnya tugas seorang pemimpin yang bakal ditanyakan di akhirat kelak.. Ayuh ustaz dan ustazah semua.. Teruskan perjuangan kita untuk memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak bangsa supaya apabila mereka menerajui kepimpinan negara kelak, mereka tidak jahil tentang hukum hakam Islam. Bahkan hukum Allah s.w.t ini akan terus tertegak di muka bumi. Insya Allah…

Oleh : Norsyahidah Muzakir


No comments:

Post a Comment