Monday, August 2, 2010

Dokumen untuk Temuduga SPP

Bismillah..

Dokumen yg wajib dibawa semasa temuduga (kalau xcomplete, either gi balik amik kat rumah or SPP akan panggil korang untuk temuduga lain kali. Rugi coz lambat la sah lantikan nanti)


- semua sijil asal semasa temuduga (surat asal panggilan temuduga SPP pun kena bawak jugak)
- 1 keping gambar berukuran pasport


Dokumen-dokumen kat bawah ni korang kena bawak yang asal dan korang fotostat satu salinan. yg korang dah fotostat tu dapatkan pengesahan dari guru besar


1) kad pengenalan
2) surat beranak
3) SPM
4) STPM/STP/HSC/sijil politeknik/diploma (bagi yang ada).
5) ijazah (yg cakap kite dapat ijazah sarjana muda keguruan pendidikan islam dengan kepujian dari OUM tu) dan transkrip akademik ijazah (yang ada pointer2 setiap semester tu)
6) surat tawaran jawatan guru sandaran terlatih siswazah (setiap muka surat) yg kite dapat dari BSM (Bahagian Sumber Manusia)
7) pengiktirafan kelayakan ijazah dari JPA.  

Klik kat sini
search Universiti Terbuka Malaysia (UNITEM). Then, print pengiktirafan  lepas tu dapatkan pengesahan dari Guru Besar
8) Salinan Kew.8 yang tercatat tarikh melapor diri (mintak kat kerani sekolah korang,biasa die simpan dalam fail peribadi korang kat pejabat sekolah)


Lepas tu, korang  Download
1) Borang senarai tugas dan ko-kurikulum meliputi


A-P&P : subjek yg korang ajar dan tahun yang korang ajar)                      
B-kurikulum (pasukan beruniform,sukan/permainan dan persatuan/kelab. Korang kena letak jawatan yg korang pegang) 
C-tugas2 lain yg korang ada kat sekolah (pegang panitia ke, kaunseling ke,disiplin,ke ape2 ke)


2) Laporan Khas Urusan Temuduga SPP (Guru Besar kena isi untuk prestasi kita dan tatatertib kite) tapi, hati2 sebab ada GB yg tak perasan item penilaian die tu coz start dari A,B, C, D.  Masa nak masuk bilik temuduga, aku baru perasan item dia boleh buat orang konfius la. GB aku pun xperasan. Mula2nya dia tanda kat 'D'. Alhamdulillah mujur dia initial kat situ. Bahaya.. Boleh jejas temuduga tu. Laporan khas tu sulit sebab GB kena letak dlm sampul surat(siap gam lagik) and then GB akan serah kat kite utk kite bawak ms temuduga. Tapi masa tunggu turn temuduga,kita boleh tengok penilaian tatatertib kite tu. Sebab orang yang cek kite punye sijil2 dan salinan yang kite fotostat tu akan bukak surat tu dan bagi kat kita untuk kita bawak masuk ke dalam bilik temuduga bila turn temuduga kite sampai nanti.


Klik kat bawah ni


3) Download surat pelepasan/kebenaran Guru besar untuk kite hadir temuduga. Kat lama web SPP ada contoh borang die. Untuk buat surat tu, guna letterthead sekolah korang dan tiru sebijik-bijik ape yg ada dlm borang tu.and then mintak GB tandatangan. ingat bawak sekali surat kebenaran tu masa temuduga


Klik kat bawah ni


Better pakai blazer dan nametag. Ada panel temuduga ms sepupu aku temu duga tahun lepas kat PPD Kuantan bagitau,pakai blazer pun boleh dapat markah dah.


Korang please cek banyak kali dokumen tu,jangan ada yg xcomplete. masa aku temuduga hari tu, ada 4 orang cikgu tak boleh temuduga. Ada yg belum dapat transkrip akademik.ada yg tertinggal la.



Apa2 nak tau, tanya la =). Boleh jugak tanya sape2 lagi yg dah g temuduga. Tahniah untuk Wahida coz dah dapat surat tawaran lantikan



Ni soalan temuduga saya :


1- Ceritakan latarbelakang diri kamu ,family kamu dan sekolah kamu..


2- Berikan Falsafah Pendidikan Islam (FPI). Panel tu hafal rupanya FPI tu, ingatkan dia xhafal. hafal word by word. kalah aku.hehe. aku hafal jugak, tapi ada buat ayat sendiri coz nak faham dan nak mudah ingat falsafah tu



3- Berdasarkan falsafah pendidikan islam itu tadi..  Sudah berkeluarga ke? Bila awak berkeluarga nanti, Bagaimana awak nak membangunkan keluarga Islam awak nanti?


4- soalan terakhir; berikan 4 sub NKRA dalam pendidikan
Jawapan : prasekolah, sekolah berprestasi tinggi(SBT), literasi & numerasi, Pengetua/Guru Besar



Temuduga aku haritu dalam 30 minit dan ke atas jugak. dekat2 40 minit jugak



P/S :  to kawan2 yg bakal pergi temuduga;prepare FPK, FPI tu confirm ditanya. ada cikgu sebelum aku kena tnya perlembagaan la (yang semua universiti wajib menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar ,kalau tak silap),yg selepas aku ada kena tanya k-ekonomi la, ada yg kena hurai FPK tu la. pengurusan fizikal sebelum p&p, dan bagaimana kamu membuat penilaian terhadap anak murid kamu (formatif dan sumatif). 


Benda ni kira nasib sebenarnye. ada yg senang soalan dia. Dan ada yg soalan dia kite tak tepikir pun die akan tanye.



Yang penting study, banyak2 doa,solat hajat,insya Allah moga classmates semue lulus dengan jaya nye.Amin. Korang semua lebih bijak dari aku. =). Yang penting, cakap dengan yakin. Kadang2 ada panel tu bukan tau sangat ape yg die tanya,dia just nak tengok cara kite bercakap as guru je. Allah yusahhil umurukum.Amin



Bile dah sah lantikan,then sah jawatan. Senang kalau nk further study and so on. After ni, kena gi BTN pulak. in sya Allah



WALLAHUA'LAM


* Updated news on 6 August 2010


Baru igt, hari tu orang yg cek sijil aku tu cakap, dalam 1 bulan setengah dah boleh cek result temu duga kat laman web SPP..

11 comments:

  1. informasi yang amat berguna..thanks ustazah aishah!

    ReplyDelete
  2. sgt bermanafaat maklumat yg diberikan...Semoga sentiasa dirahmati

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum wb..

    untuk pengetahuan shbt2 pismk,saya pun sudah ditemuduga 21 julai lepas..alhamdulillah..

    apa yang aishah kongsikan disini adalah mklumat@dokumen penting yg prlu disediakn sblm intrview nnti..

    sedikit pengalaman sms tmuduga hari tu,( xpe ye kongsi di komen ni je..:) :

    ~jam 7 sampai di pejabat pelajaran sandakan..(kira orang kedua sampai..lepas tu datang dua orang pegawai penemuduga..seorang india dan seorang lagi cina.. )

    ~selepas membuat semakan nama , saya duduk.. pegawai yang bertugas di kaunter minta saya bersedia .. katanya boleh mula awal sebab dah ada yang datang..masa tu jam 7.30.. maknanya mula temuduga saya jam 7.30 la..time asalnya pukul 8..(saya ada buat kesilapan sikit masa tu, kesilapan tak bawa dokumn KEW 8..tak tahu rupanya dokumen KEW 8 tu yang itu..saya silap bawa dokumen lain.. apepun, alhamdulullah sebab pegawai itu konsider..dia minta fax kan shj ke pej nnti..

    ~loceng bilik temuduga dibunyikan..(kaki melangkah masuk..

    ~"selamat pagi tuan.."

    ~selamat pagi..ok, sila duduk.." (sedaya upaya menampilkan keyakinan diri dan bersedia.. insyaAllah, kita perlu bersedia sahaja menerima apa-apa yang soalan dan persoalan yang diajukan..

    ~ok, ceritakan sedikit latar belakang cikgu.."

    ~(saya ta'ruf la sedikit.. kenalkan diri, latar belakang keluarga, pendidikan masa kecil, sampailah pendidikan di maktab...dan macamna boleh sampai di daerah sandakan ini..

    ~saya juga diminta kongsikan pengalaman pertama jadi guru ..

    ~"boleh ceritakan sedikit tentang Falsafah Pendiikan Kebangsaan (FPK)? dan pendidikan Islam juga ada falsafahnya.boleh bandingkan dengan FPK?

    ~FPK ni adalah..... FPI pula adalah Falsafah pendidikan Islam....sampai habis.."

    ~ok, walaupun saya bukan Islam tapi saya boleh bertanya kamu tentang Islam . tadi cikgu kata FPI tu nak bangunkan ummah. apa itu ummah?

    ~(berfikir sekejap..)ummah ni satu bangsa ummat manusia.... dan beza falsafah kebangsaan dengan falsafah pendidikan Islam ialah dimana FPI ni lebih menekankan kepada keperluan Islam.mahu membentuk insan soleh yang bertakwa dan jadikan al-QUran serta Sunnah sebagai panduan hdup.itu beza dgn Falsafah Pend Kebangsaan yang hanya mnumpukan kepada pmbentukan bangsa di Malaysia shj..maksudnya tidak menumpu pd agama Islam 100% lah..

    ~ok, saya akan tanya cikgu hal-hal tantang pendidikan Islam..

    (em, insyaAllah, nanti saya sambung cerita..ada kerja sikit nak buat..semoga sahabat-sahabat yang lain dimudahkan urusan..insyaAllah, murabbi PISMK semuanya boleh..mohon kekuatan dari-Nya...)

    ReplyDelete
  4. salam..

    nak tanya, laporan khas urusan temuduga yg GB seal dlm sampul surat 2 memang 2 kpg je ke? Dokumen yg GB bagi markah utk kita tu dpt dari mna?

    ReplyDelete
  5. Anonymous, wk boleh download kat sini http://www.spp.gov.my/document/SPP.PG.07%28Pin.1-2010%29Laporan_Khas_Temu_Duga.pdf.

    laporan khas temuduga tu memang 2 helai je. =). Allah yusahhil umuurukum

    ReplyDelete
  6. Anonymous, maaf lmbt balas. pgi ni baru prasan ada komen kat entri ni. Laporan Khas Urusan Temuduga SPP tu adalah dokumen yg GB bagi markah utk kite. Nak lebih mudah, wk just klik kat entri ni je. Cari kat bahagian 'Laporan Khas Urusan Temu Duga SPP'.Nanti keluar la borang tu,then print.

    Borang tu boleh download kat laman web SPP (http://www.spp.gov.my/). Kat web tu, bahagian kanan kat 'Capaian Pantas', cari Ikon 'Muat Turun Dokumen'. Utk temuduga SPP kite (Guru Sandaran Terlatih Siswazah DC 41), kat situ ada 3 dokumen yg kite perlu print utk temuduga SPP.

    1) Format Surat Persetujuan Ketua Jabatan Untuk Menghadiri Temu Duga (Format Surat Sokongan Permohonan dan Kebenaran Menghadiri Temu Duga oleh Ketua Jabatan (Guru Besar). Surat ni kite kena buat. Sbb masa temuduga nanti,kalau kite tak bawak,kite tak boleh ditemuduga. Cara nak buat surat kebenaran tu, sy dah detailkan kat entri ni =)

    2) Senarai Tugas & Ko-kurikulum

    3) Borang Laporan Khas Temu Duga (penilaian prestasi kite oleh Guru Besar. Item penilaian dia : A,B,C,D

    ReplyDelete
  7. salam...

    alhamdulillah...saya baru je selesai temuduga semalam.. walaupun dokumen KEW 8 yg kerani di sekolah bagi utk bwa temuduga tu salah (penemuduga tu kata boleh faxkan je KEW 8 nanti. Slagi xfax, result temuduga akn ditahan), tp alhamdulillah...sesi temuduga berjalan lancar.

    Saya ditemuduga lebih kurang 5 minit je...soalan yang ditanya pun 1 je..."Berikan pendapat anda tentang pemisahan pendidikan Teknik dan Vokasional"...saya pun bagi la pendapat...mungkin saya ckp bnyk sgt kot, sampai penemuduga tu suruh saya stop..heheh...

    Then, penemuduga tu minta saya ckp apa2 saja ttg diri saya...tu je la...fuhhh...lega rasanya wlupn mlm sblmnya saya study hard utk temuduga..

    ReplyDelete
  8. terima kasih!
    sangat membantu.. :) :)

    ReplyDelete
  9. salam...terima kasih atas entry yg sgt membantu ini..
    di sini sy ada beberapa soalan:
    1. Jika temuduga sy dijlnkn semasa cuti sekolah, perlu ke surat persetujuan KJ untuk menghadiri temuduga tu? sy tanya KJ die ckp tak payah, tp takut jugak kalau tetiba penemudga nak..
    2. Untuk disahkan jawatan, ape lg yg perlu dilakukan? sy dh g KISSM, tp BTN belum lg. Kerani sy juga da ckp pasal tapisan keselamatan..kt mana nk download yg tu?

    thanks a lot...harap dpt jwpn untuk kemusykilan di atas...

    ReplyDelete
  10. Naktanya sikit. salinan kew 8 tu salinan sekolah semasa ke atau pada sekolah mula kita berkhidmat

    ReplyDelete