Monday, February 28, 2011

Guru belum sah jawatan layak mendapat cuti bersalin..

Pengalaman sebagai seorang guru yang belum sah jawatan memang agak memeningkan dan kadang kala agak memeritkan.. Apatah lagi jika terdapat pembantu tadbir sekolah yang kurang meng 'update' kan maklumat tentang pekeliling atau sengaja tidak memberi kerjasama dengan guru terutamanya guru yang berstatus tidak sah jawatan.. Inilah yang terjadi kepada saya dan saya akan kongsikan kepada semua..

Saya dijangka akan bersalin pada 3 Januari 2011.. Memandangkan sekolah saya belum mempunyai kerani, saya terpaksa berurusan dengan kerani di sekolah induk (sekolah yang membuat gaji guru-guru di sekolah saya) tentang cuti bersalin bagi guru-guru yang belum sah jawatan.. Alhamdulillah semuanya selesai tanpa banyak persoalan disebabkan kemungkinan kerani sekolah tersebut memang biasa berhadapan dengan masalah seperti ini. Lebih-lebih lagi apabila saya sudah menunjukkan pekeliling dari NUTP yang menyatakan guru yang belum sah jawatan layak mendapat cuti bersalin.. Di sini saya sertakan pekeliling yang telah saya perolehi :



Alhamdulillah lega rasanya bila masalah sudah selesai..

26 Disember 2010 - Saya telah selamat bersalin..

3 Januari 2011 - Sesi persekolahan penggal pertama telah bermula.. Saya masih di dalam cuti bersalin.. Pihak sekolah mohon supaya saya menghantar surat pengesahan bersalin daripada hospital untuk memudahkan mereka memohon guru ganti..

4 Januari 2011 - Saya telah menghantar maklumat yang diperlukan bagi guru yang memohon cuti bersalin kepada pihak sekolah melalui email..

10 Januari- Saya menghantar maklumat yang original melalui pos.

18 Januari - Saya mendapat maklumat dari pihak sekolah bahawa kerani di pejabat pelajaran daerah menyatakan saya tidak layak mendapat cuti bersalin melainkan 3 jenis cuti sahaja yang layak saya pohon disebabkan saya belum sah jawatan :

1) Cuti Sakit = 14 hari
2) Cuti tanpa gaji
3) Cuti dengan mencari pengganti dan membayar gaji guru pengganti sendiri

Terkejut dengan kenyataan tersebut, saya terus berhubung dengan Jabatan Pelajaran Negeri. Ternyata sebenarnya kebanyakan guru-guru di tempat saya mengajar agak 'tertipu' dengan kenyataan tersebut.. Pihak JPN menyatakan saya layak mendapat cuti dengan gaji bertangguh (gaji akan diperolehi selepas mendapat lantikan tetap).. Terbayang saya macamanalah kalau saya mengambil cuti sakit 14 hari.. Sudahlah sakit bersalin belum habis, terpaksa pula mengajar dalam keadaan masih berpantang.. Cuti tanpa gaji pula terpaksa mengorbankan senioriti setahun.. Cuti dengan membayar pengganti sendiri pun sangatlah tidak logik kerana kerajaan sudah menyediakan peruntukan khas bagi guru-guru ganti.. Kenapa pula kita yang kena bayar??? Akhirnya saya memberanikan diri untuk berhubung terus dengan kerani di PPD dan menjelaskan kepada beliau tentang kenyataan dari pihak JPN bahawa saya layak mendapat cuti.. Jawapan dari kerani PPD - "Saya tidak berani meluluskan cuti ustazah.. Kita tunggulah pihak sekolah menghantar permohonan cuti bersalin kepada JPN dan tunggu pihak JPN menghantar kelulusan permohonan tersebut.. " Pening juga saya disebabkan desakan pihak sekolah yang sangat memerlukan guru ganti.. Kalau nak tunggu kelulusan dari JPN, lama-lama cuti saya pun dah dekat nak habis sebab saya dijangka akan mula mengajar pada 24 Februari 2011..

25 Januari 2011 - Saya mendapat telefon dari pihak sekolah bahawa kerani baru sudah melapor diri di sekolah mulai hari ini.. Kerani baru tersebut juga mengatakan saya tidak layak mendapat cuti melainkan cuti tanpa gaji.. Saya pun bertanya kembali kepada kerani tersebut sama ada gaji saya akan dikembalikan atau tidak selepas saya mendapat lantikan tetap dari SPP.. Kerani tersebut menyatakan TIDAK.. Pening saya dibuatnya apatah lagi bila memikirkan kerani tersebut yang akan membuat gaji saya.. Habis lah saya kalau tiada gaji 2 bulan.. Akhirnya saya menelefon kerani induk (kerani yang membuat gaji saya sebelum ini) untuk menyelesaikan masalah saya.. Akhirnya masalah selesai juga apabila kerani induk menyatakan gaji saya sudah diselesaikan sehingga bulan 3.. Akhir bulan 3 pula kemungkinan saya akan mendapat lantikan tetap seterusnya layak mendapat gaji semasa cuti bersalin.. Alhamdulillah semuanya selesai tanpa melibatkan kerani baru di sekolah saya...

Itulah pengalaman yang agak memeningkan kepala apabila melibatkan guru yang belum sah jawatan ini.. Kesimpulannya, siasatlah dulu pekeliling sebelum mengikut arahan dari orang atasan sebab kemungkinan hak kita yang sepatutnya kita dapat akan mudah dipijak oleh orang lain.. Kesian juga apabila mengenangkan guru-guru di sekolah saya ada yang baru 14 hari bersalin terpaksa datang juga mengajar di sekolah walaupun masih dalam pantang.. Lebih malang lagi apabila terpaksa membayar guru ganti menggunakan duit kita sendiri....


oleh : www.musafirditanahgersang.blogspot.com

2 comments:

  1. so...kesimpulanya guru sandaran terlatih layak tak cuti bersalin bergaji penuh? coz saya pun gst dan akan bersalin xlame g..

    ReplyDelete
  2. syukran sharing... sgr2 mhadapi masalah ni skrang~~ =( alhamdulillah ya rabb... =)

    ReplyDelete