Thursday, December 24, 2009

Jangan lupa add group facebook Alumni PISMK OUM Pendidikan Islam!


salam buat semua!
Dijemput kepada rakan-rakan yang mempunyai account di Facebook untuk add group Alumi PISMK OUM Pendidikan Islam di url http://www.facebook.com/group.php?gid=225623997015&ref=nf (klik di url yang tertera) So, lepas ni bolehlah kita sama-sama memeriahkan group tersebut sebagai salah satu alternatif untuk mengeratkan silaturrahim di antara kita. Jika ada sebarang gambar-gambar menarik sama ada berhubung sekolah, aktiviti-aktiviti, majlis-majlis walimah dan sebagainya untuk dikongsi bolehlah diupload. Insya-Allah, semoga jalinan silaturrahim yang terjalin berterusan hendaknya..

p/s: siapa ada gambar kita sekelas? nak upload ke group tapi takder gambar kelas dalam simpanan.

Thursday, December 17, 2009

Selamat Pengantin Baru..



Lama rasanya tak update blog ni.. Maklumlah masing-masing dah sibuk bawa haluan sendiri.. Tak kurang juga yang dah ada blog sendiri untuk di update.. Sempena cuti-cuti Malaysia ni, ada di antara sahabat-sahabat kita yang akan menamatkan zaman bujang mereka.. Kepada Aminah Syuhada dan Sufiayan Anas bersama pasangan masing-masing, kami doakan agar kalian lebih tabah dan berbahagia dalam menempuhi cabaran hidup berumah tangga.. Untuk pengetahuan semua, Aminah Syuhada akan bernikah pada 17 Disember 2009 ini iaitu pada malam 1 Muharam 1431 H.. Kenduri di rumah pengantin perempuan pula diadakan pada hari Sabtu bersamaan dengan 19 Disember 2009.. Majlis Sufiayan Anas di tempat pengantin perempuan juga diadakan pada 19 Disember 2009 manakala majlis kesyukuran di rumah pengantin lelaki pula diadakan pada 21 Disember 2009.. Semua rakan-rakan dijemput hadir bagi memeriahkan majlis mereka.. Bagi sesiapa yang hadir, harap dapat post gambar suasana majlis di dalam blog ini..

Thursday, December 3, 2009

Berkenaan pendaftaran e-permohonan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Malaysia dan Kursus Biro Tata Negara (BTN)

Sukalah diingatkan kepada rakan-rakan untuk sentiasa 'alert' tentang kedua-dua hal ini..Kedua-duanya berkaitan dengan prosedur yang perlu dilalui untuk pengesahan jawatan dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM). Oleh itu, sekiranya ada masalah, maka eloklah bertanya kepada pihak pentadbiran sekolah dan berhubung dengan rakan-rakan yang lain.

Terdapat sedikit masalah berhubung permohonan SPP disebabkan untuk memohon, kita dikehendaki mengisi tarikh ijazah sedangkan kita semua pun belum konvo lagi so, takder la yang tau tarikh tersebut. Oleh itu, sesiapa yang dapat mencari jalan penyelesaiannya, harap dapat sama-sama berkongsi dengan rakan-rakan yang lain dan bagusnya dipaparkan dalam blog kelas kita ni untuk disebar-sebarkan, Insya-Allah. Begitu juga, bagi mereka yang telah mengisi borang BTN dan tiada masalah, mungkin boleh berkongsi panduan bagaimana borang tersebut sepatutnya diisi.

p/s: untuk menghantar sebarang posting dalam blog ni, bolehlah hubungi Saudari Norsyahidah Muzakir or Saudara Munsif Ismail untuk mendapatkan 'usernama' dan 'kata laluan'.. semua ahli kelas digalakkan untuk sama-sama memeriahkan blog kelas..

Wednesday, December 2, 2009

Penempatan sekolah rakan-rakan

Alhamdulillah, pada 1 Disember 2009 masing-masing telah selamat melapor diri di JPN mengikut negeri yang ditetapkan sebelum ini. Insya-Allah, di sinilah langkah seorang guru akan bermula.. Semoga Allah S.W.T permudahkan segala-galanya...

Johor Darul Takzim
Mohd Firdaus Adam - SK Pasir Gudang 4
Mohd Syuhill - SK Seri Alam 2, Masai
Farhanna - SK Taman Perling 3, Johor Bahru
Nurul Hafazah - SK Seri Melati, Johor Bahru
Shazana - SK Seri Kenanga, Johor Bahru
Thuaibatul Aqmar - SK Taman Rinting, Johor Bahru

Selangor Darul Ehsan
Aminah Syuhadah - SK Kampung Tunku, Petaling Jaya
A'sah Idris - SK Taman Universiti, Seri Kembangan

Perak Darul Ridzuan
Mohd Ridhiallah - SK Seroli, Kg. Bekut, Sg. Siput, Kuala Kangsar
Noor Nasuha - SK Bukit Payung, Kampar
Noor Zaeema - SJK (C) Redang Panjang, Larut Matang Selama
Nurfarhana - SK Pengkalan, Taman Pinji Mewah, Lahat

Pahang Darul Makmur
Aishah - SK Tanjung Putus, Raub

Sabah
Ahmad Munsif - SK Maukab, Ranau
Dy Ezreny - SK Muhibbah Raya, Tawau
Muslihah - SK Gas, Sandakan
Norsyahidah - SK Masilou, Ranau
Nurul Wahida - SK Ulu Masopoh, Nabawan
Salihah - SK Pekan 1, Lahad Datu

Sarawak
Mohd. Azmil
Nik Azman - SK Abg Galang, Mukah
Firdaus Saad - SK Kg Seberang, Mukah
Mohd Hakimi - SK Dato' Bandar Debak, Betong
Sufiayan Anas - SK Kuala Tatau, Bintulu
Siti Azizah - SK St. Paul, Betong

Monday, November 16, 2009

Keputusan Posting Terkini

Alhamdulillah... bagi semua pelajar PISMK OUM Pendidikan Islam, masing-masing telah dimaklumkan tentang negeri penempatan untuk berkhidmat oleh Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Walau bagaimanapun untuk penempatan sekolah, hanya akan dimaklumkan semasa melapor diri di Jabatan Pendidikan negeri masing-masing pada 1 Disember 2009. Bagi bakal-bakal guru yang akan diterbangkan ke Sabah dan Sarawak pula, mereka perlu berkumpul pada tarikh tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 9.00 pagi. Berikut merupakan maklumat penempatan mengikut negeri:

1. JOHOR
Mohd Firdaus Adam
Mohd Syuhill
Farhanna
Nurul Hafazah
Shazana
Thuaibatul Aqmar

2. SELANGOR

Aminah Syuhadah
A'sah Idris

3. PERAK
Mohd Ridhiallah
Noor Nasuha
Noor Zaeema
Nurfarhana

4. PAHANG
Aishah

5. SABAH
Ahmad Munsif
Dy Ezreny
Norsyahidah
Nurul Wahida
Salihah
Muslihah

6. SARAWAK
Mohd. Azmil
Nik Azman
Firdaus Saad
Mohd Hakimi
Sufiayan Anas
Siti Azizah

Doakan kami akan menjadi seorang guru yang bertanggungjawab kepada agama, negara dan anak bangsa.. Insya Allah..

Saturday, November 14, 2009

BENGKEL PENULISAN BUKU (BEKELIS '09) dan entri dari seorang senior

Bengkel Penulisan Buku

anjuran MTEN(Majlis Tarbiyah Nuqaba' IPG-KPI


julung-julung kalinya diadakan !

in sya Allah disampaikan oleh Kak Noor Suraya (Kak Su). Merupakan novelis dan merangkap Editor di Jemari Seni Publishing http://www.jemariseni.com/

Kak Su pernah mengikuti kursus di Dewan Bahasa & Pustaka dalam bidang penulisan.

Tarikh bengkel i.Allah pada 15 November ini(Ahad)

mulai 2.00 -6.30 petang

di
Bilik Kuliah PISMK, IPG-KPI,Bangi..


***

Jom pakat-pakat gi classmate semua, bengkel ni adalah antara program terakhir kita di sini (saya kira).. Tidaklah menghadiri bengkel ni bererti kita ingin menjadi bestseller story book or another type of book. Sedikit penjelasan, bengkel ini diadakan berikutan pelawaan kaksu jika mahu mendapatkan pengetahuan tentang dunia menulis buku ni semasa Karnival Raudhah yg lalu.. dan kaksu memberitahu kami dia boleh memberi bengkel, bahkan dengan percuma sahaja, tawaran kaksu. (Bayaran pendaftaran RM3 tu hanya cas sampingan dari pihak pengurusan bengkel sahaja). Jika di luar, boleh capai puluh-puluh ringgit tau! (biase benda murah ni;ramai org suka)

Sepanjang saya berada 5 tahun lebih di maktab ni, pertama kali sy rasa bengkel penulisan sperti ini diadakan, if i'm not mistaken. Rugi besar jika tak hadirinya, rasa-rasa.

Ingin sy sampaikan kepada sahabat2 yg bakal meninggalkan maktab ni, sama2 kita gunakan bakat yang kita ada untuk Islam. Jangan disimpan-simpan. Yang pandai bab teknologi tu (agak-agak korang sape, ha.. dia lah! To akak. ampun,jangan marah; nati sy ketuk bahu akak . Memang nak ketuk ni, smile. yang pandai berceramah; cuba sampaikan, yang pandai melakar potret; ukirkan garisan-garisan yang membawa lembut jari jemarimu membawa ciptaan yang indah (ha, macam tau je sape tu), yang berbakat dalam segala macam bakat la (tolong2, bakat ape lagi aku nak nulih kat sini ni?), yang suara sedap, yang pandai khat, yang pandai menarik orang untuk berkomunikasi. Segala bakat yang Allah bagi , cuba kita gunakan dengan posisi dan potensi yang boleh kita gunakan. In sya Allah

Wah! Akan kembali gemilang Islam jika semua orang menyalurkan keistimewaan dan bakat dirinya untuk Islam. Gunakan untuk Islam. Kerana Allah.

WALLAHUA'LAM

p/s : Kepada semua yg membaca, sy hanya menempel entri di sini. Khuatir sy tersilap kata dlm entri ni (krana ni bukan blog sy, tapi blog kelas!). Kepada classmate, jika ada salah di mana2, betulkan dan sila lah edit entri ni.. Jenuh nanti orang yang nguruskan blog tu sorang-sorang.. Dan kalau ada yg tertanya-tanya sy ni sape; yg duduk antara kak ana dan kak shazana.

Adik-adik, gantikan dhomir 'sy' itu dengan 'AKAK' jika adik-adik adalah berumur 22 dan ke bawah. Jika umur 23 dan ke atas (muda lagi tau), bace je lah ngan ape2 pun. Panggilan manja pun boleh (utk girl aje). Hehe.

<this is a new entry interrupt just for a moment, pengurus blog Great Murabbi, boleh kan =).


Thursday, October 22, 2009

Tips Menghadapi Peperiksaan


PERSEDIAAN FIZIKAL

Kesihatan

Sebagai pelajar, anda memerlukan kesihatan yang baik bermula dari ketika membuat persediaan mengulangkaji hinggalah ke dewan peperiksaan. Keadaan kesihatan yang buruk akan mengganggu persediaan diri untuk peperiksaan. Sekiranya masih banyak yang anda perlu ulangkaji, maka pastinya anda rasa bimbang. Gangguan kesihatan pasti tidak mengizinkan anda mengulangkaji dan ini akan membawa kepada tekanan emosi. Pastikan anda menjaga perkara yang berikut:

Tidur yang cukup

Tidur yang cukup ialah diantara 6 hingga 7 jam sehari. Kurang tidur menyebabkan anda rasa mengantuk, letih dan boleh jatuh sakit. Tidur yang berlebihan juga tidak baik untuk kesihatan. Jadi pastikan anda latih diri anda dengan masa tidur yang optimum ini dari sekarang.

Jaga pemakanan

Allah s.w.t telah berfirman yang mafhumnya “Makanlah dari makanan yang baik yang telah Kami berikan” (Al-Baqarah : 57). Yang dimaksudkan sebagai yang baik di sini ialah baik dari segi sumbernya (halal), kualitinya (zat), rasanya (enak dan lazat) dan bersih (tidak membawa penyakit dan kemudaratan). Kepada ibu bapa pastikan anak-anak anda diberi makan makanan dari sumber yang halal. Makanan yang haram akan menghitamkan dan menggelapkan hati mereka.

Riadah

Jangan beriadah sehingga meletihkan badan. Ramai pelajar yang bermain hingga penat dan akibatnya anda akan rasa mengantuk untuk mengulangkaji pelajaran. Anda hanya perlu beriadah selama 20 minit dan sebanyak tiga kali seminggu. Lakukanlah senaman ringan yang mengeluarkan sedikit peluh. Disaat-saat akhir sebegini, lupakanlah soal bola sepak, takraw, badminton dan sebagainya. Anda boleh tangguhkan semua aktiviti yang anda minati ini setelah tamat peperiksaan penting nanti.

Keselamatan

Anda perlu menjaga keselamatan diri anda sebaiknya. Jauhkan diri anda dari aktiviti lasak yang boleh membawa kepada kecelakaan. Elakkan diri dari sebarang kecederaan. Anda pasti tidak mahu mengambil peperiksaan sewaktu berada dalam wad di hospital. Memanglah kecelakaan tidak pernah diundang, tetapi kalau anda tidak berhati-hati anda sebenarnya mendedahkan diri kepada pelbagai kemungkinan. Dalam musim menjelangnya peperiksaan, lebihkan masa anda untuk berada di rumah.


PERSEDIAAN MENTAL

Pelbagai Gambaran Negatif

Kerapkali masalah yang dihadapi oleh pelajar apabila hampir dengan peperiksaan ialah takutkan kegagalan. Walau pun anda telah berusaha bersungguh-sungguh namun perasaan takutkan kegagalan ini sering mengganggu fikiran. Antara keadaan yang menekan diri pelajar ialah:

1) Menyerah kalah sebelum berjuang

Ini disebabkan kerana mereka rasakan yang mereka tidak punya harapan lagi. Mereka rasakan buat apa belajar kalau dah tahu hasilnya nanti ialah kegagalan. Mereka percaya yang mereka akan gagal dalam peperiksaan berdasarkan kepada keputusan peperiksaan atau ujian-ujian sebelum ini. Mereka cuba membaca teta dengan keyakinan bahawa tidak mungkin mereka mampu memahami dan mengingati setiap fakta yang dibaca.

2) Merasa belum bersedia

Keadaan yang kedua pula berlaku kepada mereka yang sememangnya belajar. Mereka rasakan yang diri belum cukup bersedia. Mereka sentiasa fikirkan apa akan berlaku kalau segala usaha ini sia-sia? Apa akan terjadi kalau apa yang dibaca kelak lupa? Betapa malunya nanti kalau kawan-kawan yang kurang berusaha mendapat keputusan yang jauh lebih baik? Semua ini bermain di fikiran.

3) Harapan ibu bapa yang terlalu tinggi

Tidak ada ibu bapa yang tidak mengharapkan kejayaan anak-anak. Ada ketikanya pula ibu bapa berulangkali menyatakan harapan mereka kepada anak-anak tanpa memikirkan kemampuan sebenar diri anak. Harapan yang terlalu tinggi ini ada ketikanya menjadi beban kepada anak-anak hinggakan mengganggu fikiran mereka. Kepada ibu bapa, saya sarankan agar dorong anak-anak berusaha gigih dan melakukan yang terbaik mengikut kemampuan masing-masing. Nyatakan dengan jelas bahawa apa yang anda mahukan ialah anak-anak melakukan yang terbaik dan sungguh-sungguh. Anda redha walau apa sekalipun keputusannya kelak. Ini akan mengurangkan tekanan atas diri anak-anak.

Berfikiran Positif

Bagi mengatasi segala tekanan mental seperti di atas anda perlulah berfikiran positif. Fokuskan mental anda kepada apa yang perlu anda lakukan dan apa pula hasil yang anda harapkan. Tidak perlu anda bimbang apa keputusan yang bakal diperolehi tetapi anda perlu bimbang kalau-kalau anda tidak menggunakan sisa-sisa masa yang masih ada untuk berusaha sepenuhnya. Sekiranya anda memikirkan kegagalan maka anda hanya tergambar pelbagai rintangan dan halangan. Ini akan melemahkan semangat anda. Ia juga membuatkan anda meragu kebolehan diri anda.

Dalam berusaha anda mesti berpegang kepada kata-kata seperti:

“Sedikit pencapaian itu lebih baik dari tiada pencapaian langsung”.
“Something is better than nothing”
Lakukan “Latihan Minda” setiap hari.
“If you can’t see it, you can’t have it”.

Kata-kata di atas menunjukkan bahawa untuk mencapai sesuatu kejayaan itu maka gambaran kejayaan mestilah terlebih dahulu wujud dalam pemikiran. Contohnya, sebelum anda mampu mendapat 8A dalam PMR, maka 8A itu mesti terlebih dahulu ada dalam pemikiran. Ia ibarat menghasilkan sebuah lukisan, anda tidak akan melakar sesuatu yang anda tidak gambarkan. Lakaran anda berasaskan kepada apa yang anda nampak dalam mata minda. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Anda tidak akan menhasilkan sesuatu yang anda tidak gambarkan. Oleh itu, gambarkanlah kejayaan dan anda pasti akan terdorong untuk merealisasikan apa yang digambarkan itu. Makin jelas gambaran yang ada, makin tinggilah kesungguhan anda untuk merealisasikannya.

Untuk membantu anda menggambar dengan baik, anda perlu membuat latihan minda seperti di bawah:

1. Duduk dikerusi anda dengan selesa. Tangan diletakkan diatas peha. Badan tidak bersandar. Tenangkan fikiran dan kendurkan setiap otot, sendi, uratsaraf dan pejamkan mata anda.

2. Tarik nafas beberapa kali dalam-dalam. Tarik melalui hidung dan hembuskan melalui mulut. Ketika nafas ditarik, gambarkan yang anda menyedut keyakinan diri. Ketika nafas dibuang, gambarkan yang anda membuang segala ketakutan dan kebimbangan.

3. Saya percaya anda pernah capai kejayaan sebelum ini, sama ada kecil atau besar. Saya mahu anda kembali kepada peristiwa kejayaan itu. Kejayaan itu mungkin berkaitan dengan pelajaran, sukan, debat dan sebagainya. Pilih satu yang paling bermakna kepada anda. Dimana ia berlaku? Apa yang berlaku? Apa yang anda dapat lihat? Suara apa yang anda dengar? Kalau ada tepukan, dengar tepukan gemuruh ketika itu. Kalau ada puji-pujian dengarkan suara siapa yang memuji itu. Gambarkannya secara jelas mengikut kemampuan anda. Dengar suara yang ada dengan jelas. Rasakan apa perasaan anda ketika itu. Rasakan keseronokan anda pernah dipuji. Rasakan kebanggaan anda sebagai orang yang berjaya ketika itu. Hadirkan perasaan itu kembali.

4. Apabila perasaan yakin dan bangga mula memuncak, cubit sedikit kedua-dua peha anda dengan tangan. Biar terasa sedikit sakit. Buka mata anda, dan pejam kembali. Ulang langkah 2 hingga 4 beberapa kali.

5. Kini pejamkan mata, gambarkan anda melangkah masuk ke dewan peperiksaan. Gambarkan anda duduk dikerusi dan diatas meja tersedia kertas soalan. Rasakan ketenangan dalam dewan. Gambarkan kini anda membelek-belek kertas soalan dan anda dapati semua apa yang anda baca keluar. Rasakan kegembiraan itu. Gambarkan bagaimana anda menjawab setiap soalan satu persatu dengan penuh keyakinan. Ide keluar mencurah-curah. Gambarkan 8A dalam PMR (Gred 1 untuk SPM). Ketika ini sekali lagi cubit kedua-dua peha anda seperti yang telah anda lakukan dalam langkah 4 tadi.
6. Buka mata anda, ulangi langkah 5 beberapa kali.

7. Buatkan latihan minda ini 10 hingga 15 minit setiap hari. Sekiranya anda lakukan latihan ini sungguh-sungguh setiap hari, anda dapat mengawal perasaan takut anda ketika berada di dewan peperiksaan dengan menarik nafas dan mencubit kedua-dua peha.

Kejayaan latihan minda di atas banyak bergantung kepada kesungguhan anda melatih diri, kekerapan latihan dan tumpuan anda.


PERSEDIAAN EMOSI

Dalam saat-saat menghadapi peperiksaan, anda perlu mengelak diri dari sebarang bentuk gangguan emosi. Perkara-perkara yang berikut perlu dielakkan:

Pertengkaran dengan rakan-rakan;
Melakukan perkara yang membuatkan ibu bapa marah;
Cinta monyet yang mungkin kecundang disaat-saat peperiksaan;
Bersikap terlalu yakin – “overconfident”;
Berprasangka buruk terhadap orang lain;

Ramai pelajar bertindakbalas secara spontan terhadap sesuatu yang berlaku terhadap mereka. Tindakbalas spontan ini menjadi tabiat semulajadi mereka. Apa perasaan anda kalau raka membohongi anda? Anda mungkin serta-merta menjadi marah. Apa berlaku kalau rakan memulau dan mengejek anda? Anda mungkin rasa tersinggung dan kecil hati. Kalaulah begini tindakbalas spontan anda, apa akan berlaku dengan persediaan peperiksaan anda? Anda pasti tidak mampu memberikan tumpuan untuk mengulangkaji. Ada ketikanya luka dihati berkekalan berhari-hari.

Kenapa tidak selepas ini kawal emosi anda. Jangan izinkan sesiapa melukai hati anda. Mereka boleh berkata apa sahaja, mereka boleh berbohong dan sebagainya. Mereka ada suara, biarkanlah mereka. Anda cuma pekakkan telinga. Banyakkan bersikap sabar. Teruskan sahaja kerja anda. Kekalkan matlamat peperiksaan anda. Apabila anda berjaya satu hari nanti, rakan-rakan akan mula menghormati anda.

Sebenarnya peristiwa tidak mencetuskan sebarang emosi. Tanggapan atau paradigma andalah yang mencetuskan emosi. Kita boleh melihat setiap perkara yang berlaku terhadap diri kita dari dua perspektif, iaitu positif atau negatif. Mulai hari ini ambillah dari sudut yang positif. Ingatlah setiap apa yang berlaku adalah ujian Allah dan ada hikmah sekiranya anda bersabar. Dengan cara ini anda mampu membenteng emosi anda.


PERSEDIAAN ROHANI

Selain dari persediaan fizikal, mental dan emosi, persediaan rohani juga perlu. Anda perlu faham kedudukan kita sebagai hamba hanyalah mampu melakukan usaha sebaik mungkin tetapi hasil sebenarnya Allah lah yang menentukannya. Ketenangan jiwa dan fikiran sangat perlu di saat-saat menghadapi peperiksaan, oleh itu lakukanlah sesuatu untuk meraih ketenangan ini.

Antara perkara yang boleh anda lakukan ialah:

1. Sentiasa bermunajat kepada Allah. Lakukan solat hajat dan pohon agar Allah campakkan ketenangan dan terangkan hati dalam menghadapi peperiksaan. Minta pada Allah agar apa yang dipelajari keluar dalam peperiksaan.

2. Minta restu kedua ibu bapa. Doa ibu bapa untuk anaknya sangat makbul. Jadi mintalah restu dari keduanya. Mintalah mereka mendoakan kejayaan anda.

3. Banyakkan berzikir dan membaca al-Quran. Hati yang banyak berzikir akan memperolehi ketenangan. Hati juga lebih terang apabila anda sering membaca al-quran. Allah telah berfirman dalam surah ar-Ra’ad, ayat 36, yang mafhumnya “Sesungguhnya dengan mengingat Allah akan menjadi tenanglah semua hati”.

4. Jauhi maksiat. Jauhi diri anda dari perbuatan maksiat dan dosa besar. Mereka yang bergelumang dengan maksiat mempunyai jiwa yang resah. Hidup juga tidak diberkati Allah.

5. Banyakkan berdoa. Pastikan anda berdoa mengikut adab-adab berdoa.

Semoga kita terus berjaya.. Insya Allah..

Tuesday, October 20, 2009

Mencabar Hukum Islam!!

Pada akhir-akhir ini kita dihangatkan dengan Isu Arak yang mengaitkan Kartika Sari Dewi Shukarno yang ditangkap ketika minum arak oleh Jabatan Agama Islam Kuantan. Hukuman 6 kali sebatan yang dijatuhkan kepada beliau oleh mahkamah Tinggi Syariah telah membuka banyak mata pihak-pihak tertentu. Pihak-pihak yang memberi pandangan tentang isu sebatan ini kebanyakkan hanya bercakap berdasarkan hukum akal sahaja sedangkan hukuman minum arak telah ditetapkan di dalam Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga, dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.

Hukuman yang ditetapkan Allah ini sepatutnya telah lama dijalankan tanpa merasa belas kasihan kepada pesalah. Yang menjadi masalahnya apabila terdapat pihak-pihak yang bertanggungjawab mencampuri urusan mahkamah Syariah seterusnya mempertikaikan perlaksanaan hukuman tersebut. Sedangkan ketika zaman Rasulullah s.a.w, setelah cukup bukti dan saksi maka hukuman terus dijalankan. Malah ada yang menyerah diri kepada Rasulullah s.a.w mengaku bersalah dan minta dihukum. Malang yang berlaku di sini ialah apabila hukuman belum lagi dijalankan, terdapat desas desus yang dianggap biadap mencabar hukum Allah Ta’ala. Antara cadangan yang tidak sepatutnya diutarakan ialah Dato’ Sri Najib Tun Razak meminta kepada Kartika supaya merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi untuk meringankan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap dirinya. Hukum sebenar pesalah minum arak di dalam Islam ialah 40 kali sebatan. 6 sebatan yang dijatuhkan ke atas Kartika sebenarnya masih terlalu jauh dengan jumlah tersebut. Sekiranya dikurangkan lagi hukuman 6 sebatan itu, berapa yang tinggal untuk dijadikan sebagai hukuman dari Allah s.w.t???Hukum sebat yang ditetapkan oleh Islam sebenarnya adalah di atas tujuan mendidik bukan untuk membunuh. Akan tetapi kita sering dimomok-momokkan tentang kekejaman hukum islam. Maklumat mengenai perbezaan hukum sebatan sivil yang menggerunkan dengan hukuman sebatan cara islam yang mendidik iaitu :

SEBAT CARA ISLAM

1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL

1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.

duniacacamarba.blogspot.com

Terdapat juga yang menyatakan rasa belas kasihan kerana Kartika merupakan seorang wanita. Mereka ragu-ragu atas kelemahan wanita sebagai alasan mereka terlepas daripada hukuman hudud. Sedangkan di dalam Islam, aspek menghukum sama ada mencuri, berzina, minum arak dan sebagainya tidak menjadikan soal jantina sebagai penghalang kerana kedua-duanya dihukum sama rata. Mantan Perdana Menteri Malaysia sendiri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad pula turut mempersoalkan relevensi hukuman ini & meminta penghujahan ilmiah daripada kalangan mereka yang pakar dalam persoalan hukum-hakam Islam terhadap hukuman ini. Lebih terul lagi apabila Sister In Islam yang dipelopori oleh wanita Islam sendiri tanpa takutkan hukuman Allah s.w.t telah menghantar memorandum kepada Perdana menteri supaya hukuman syariah ini DIMANSUHKAN.. Amat jahil manusia pada hari ini kerana kesilapan tidak berTuhankan Allah, tidak berpandukan sunnah Rasulullah s.a.w, tidak berlandaskan kitab Al-Quran, Tidak menyedari malaikat sentiasa mengawasi, tidak takutkan hari qiamat, maka inilah yang terhasil.. Kejahilan yang memalukan ini, lebih mengaibkan dengan kononnya Malaysia adalah negara Islam. Bak kata seorang peguam syariah Nur Fadlina Sidik yang telah hadir ke Forum berkenaan Isu Kartika di Masjid As-Syafie, “ Malaysia ini bukan negara Islam.. Bukan juga negara sekular… Habis negara apa???? Negara yang bukan-bukan… Bukan Islam bukan sekular..” Percampuran ini sebenarnya hanya memeningkan kepala rakyat.. Istilah-istilah masyarakat madani, masyarakat hadari, masyarakat 1 malaysia hanyalah permainan politik semata-mata. Itulah beratnya tugas seorang pemimpin yang bakal ditanyakan di akhirat kelak.. Ayuh ustaz dan ustazah semua.. Teruskan perjuangan kita untuk memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak bangsa supaya apabila mereka menerajui kepimpinan negara kelak, mereka tidak jahil tentang hukum hakam Islam. Bahkan hukum Allah s.w.t ini akan terus tertegak di muka bumi. Insya Allah…

Oleh : Norsyahidah Muzakir


Thursday, October 8, 2009

What your opinion???

'Berani kerana benar' - Guru saman pengetua selepas dakwa diri tertekan, dipulau


KERATAN Kosmo! semalam.





KUANTAN - "Berani kerana benar. Saya berjuang bukan untuk saya sahaja tetapi kepada semua guru yang mungkin menghadapi masalah sama di sekolah.''

Demikian tegas Rozilah Abdullah, 37, guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Mahkota di sini semalam mengenai tindakannya memfailkan saman sebanyak RM228,000 terhadap pengetuanya sendiri.

Rozilah (gambar) telah mengajar subjek Ekonomi Asas bagi pelajar tingkatan enam di sekolah itu sejak empat tahun lalu.

"Saya malu kepada semua orang. Tiada siapa tahu kecuali suami bahawa saya sering menangis mengenangkan masalah di sekolah,'' katanya yang ditemani suaminya, Mohamad Redzuan Wahi ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Kelmarin, Rozilah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen di sini terhadap pengetua sekolah, Aluwiyah Osman atas dakwaan Aluwiyah telah menjejaskan reputasinya sehingga ramai orang mengetahui dia adalah guru yang memperoleh laporan prestasi paling rendah di sekolah berkenaan.

Rozilah mendakwa Aluwiyah menuding jari ke arahnya dengan maksud dia enggan mematuhi perintah dan menyebabkan beliau menerima surat pengesahan tidak akan mendapat pergerakan gaji pada tahun ini.



Tahniah kepada peserta MUTTHQ..

Tahniah kepada semua peserta MTTHQ yang mewakili IPIS terutamanya yang mewakili kelas kami iaitu Siti Azizah Muhammad dan Mohd Hakimi Hashim. Semoga bakat yang ada dapat diturunkan kepada anak murid lepas posting nanti. Keputusan yang dapat diambil semasa Majlis Perasmian Penutup tadi ialah:

Nasyid : Tempat pertama
Hafazan lelaki : Tempat kedua
Hafazan perempuan : Tempat ketiga
Tafsir lelaki : Tempat ketiga
Tafsir perempuan : Tempat ketiga
Tilawah lelaki : Tempat kedua
Tilawah perempuan : Tempat pertama

Tahniah juga kepada semua IPGM kampus-kampus lain yang mengambil bahagian.. Mana yang kurang berjaya boleh cuba lagi di tahun hadapan, Insya Allah.

Wednesday, October 7, 2009

Celoteh Us Mun..

Dua tiga menjak ni terlalu banyak khabar angin yang timbul berhubung perihal posting sehingga adakalanya menimbulkan kontroversi. Terbaru ialah kenyataan TNC UPSI yang menyebut posting untuk graduan 2010 dan 2011 mungkin akan dibekukan..

begitu juga dengan khabar yang dilaporkan oleh beberapa orang pelajar dan pensyarah dari beberapa buah maktab menyebut kemungkinan pelajar IPG yang akan berposting pada tahun ini mungkin tidak akan dihantar ke Sabah dan Sarawak sebaliknya akan dihantar pulang berkhidmat di negeri masing-masing. keputusan ini khabarnya dibuat untuk menjimatkan bajet kerajaan memandangkan ekonomi negara yang agak tenat dan tidak seperti sediakala.

keadaan ini menjadikan kalangan pelajar tidak senang duduk dan semakin keliru. mereka yang teringin untuk ke berkhidmat di Malaysia Timur mula berasa kecewa di atas berita terbaru ini.. terlepaslah untuk peluang untuk berbakti dengan masyarakat yang tinggal jauh dipedalaman serta peluang menikmati elaun yang lumayan..

bagi yang bercita-cita untuk pulang berkhidmat di kampung halaman masing-masing, ini adalah peluang terbaik untuk berbakti di tanah tumpah darah tempat jatuh dan bermain.. apatah lagi dapat sentiasa mendampingi ibu bapa yang sedang meniti usia senja..

bagi yang bakal bertemanhidupkan orang kampung masing-masing ini adalah suatu bonus bagi mereka.. namun bagi yang pasangan dari benua yang berbeza keadaan ini mungkin menggusarkan mereka.. apa tidaknya segala perancangan akan terbengkalai dan kemungkinan untuk berjauhan dengan isteri atau suami tercinta semakin menjadi nyata..

apapun yang berlaku segalanya adalah perancangan dan takdir dari ALLAH. seboleh yang mampu kita cuba berusaha dan selebihnya kita kepada yang maha berkuasa.. perbanyakkan doa dan munajat.. moga-moga apa yang dicita-citakan demi kebahagian hidup akan tercapai..

namun begitu pihak kerajaan mestilah memandang serisus perkara ini. ini kerana pendidikan bukanlah suatu yang boleh diperjudikan. setiap langkah yang diambil akan memberi kesan yang tidak sedikit kepada anak-anak generasi mas depan. umum mengetahui bahawa kita masih kekurangan guru untuk memenuhi keperluan pendidikan anak bangsa kita. jadi sepatutnya tidak timbul isu posting ditangguhkan atau pengambilan pelatih guru dibekukan. jika faktor kewangan yang menjadi punca permasalahan, rasanya kita masih lagi mampu untuk melaksanakan projek mega seperti projek menubuhkan pasukan malaysia F1 yang memakan belanja yang tidak sedikit. kita juga masih lagi mampu membazir dalam upacara keramaian atau keraian anjuran kerajaan. kita juga mampu untuk berhabisan dalam beberapa siri pilihanraya yang lepas dan yang sedang berjalan. ertinya kewangan bukanlah isunya bahkan isu utama ialah bagaimana pendidikan dilihat di mata kerajaan. sama-sama kita fikirkan.


sekadar dulu celoteh saya petang ni.. jumpa lagi..

Lewat tempatkan guru, NUTP minta penjelasan kerajaan - Malaysiakini

Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) akan meminta penjelasan daripada kerajaan berhubung laporan akan berlaku kelewatan penempatan guru-guru lepasan graduan institusi pengajian tinggi (IPT) yang mengikuti program pendidikan.

Laporan mengenai kelewatan tersebut disiarkan dalam blog upsikini.blogspot.com yang memetik Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa sebagai menyatakan demikian.

Beliau dipetik berkata demikian dalam ucapan perasmian simposium halatuju pendidikan fizik di Malaysia, anjuran Persatuan Mahasiswa Sains (PMS) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) UPSI beberapa hari yang lalu.

Prof Dr Zakaria dipetik berkata, punca utamanya adalah disebabkan oleh kelembapan ekonomi negara dan masalah kewangan yang dihadapi dalam pentadbiran kerajaan.

Beliau dilaporkan berkata kenyataan itu harus diterima semua pihak, terutama pihak pelajar kerana ia "bukan sahaja melibatkan UPSI, malah seluruh institusi yang menawarkan program pendidikan".

Ketika diminta reaksinya, Presiden NUTP, Hashim Adnan berkata persatuannya berpendirian bahawa pendidikan bukanlah merupakan satu kos tetapi adalah satu pelaburan demi masa depan negara.

"Jangan nafikan hak-hak anak rakyat Malaysia untuk belajar," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Kita tidak bersetuju bahawa kerana masalah kewangan, guru-guru dan pendidik bakal menerima kesan dan nasib seperti ini," kata Hashim.

Menurutnya, kekurangan kewangan bukan alasan untuk mengetepikan hak rakyat untuk mendapatkan pendidikan.

"Kita kena cari jalan untuk menyelesaikan masalah. Kerajaan kena fikir jalan yang terbaik untuk mencari duit," katanya.

Sehubungan itu, kata Hashim, pihaknya akan berbincang dengan kerajaan untuk mengatasi isu yang berbangkit itu.

Menurut Hashim, terdapat kira-kira 380,000 guru di Malaysia dan menegaskan bahawa kekurangan guru adalah "masalah yang berterusan", termasuk guru yang bersara atau sakit.

"Ia mesti digantikan dengan guru-guru baru," katanya.

Maklum balas dari isu lewat posting..

Tanjong Malim, 6 Oktober - Sejurus selepas laporan berkenaan kenyataan kelewatan penempatan bagi graduan pendidikan termasuk UPSI, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa (TNC A&A) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Dr Zakaria Kasa menjelaskan kenyataan beliau tempoh hari dalam e-mel yang dikirimkan ke upsikini@gmail.com.

Katanya, kenyataan yang dikeluarkannya tempoh hari mengatakan kelewatan penempatan yang dijangka berlaku tahun hadapan itu adalah satu kemungkinan dan sehingga kini pihak UPSI masih belum menerima sebarang pekeling berkenaan perkara tersebut daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) atau Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM).

Penjelasan 5 perenggan itu turut diselitkan dengan nasihat dan pandangan beliau kepada seluruh mahasiswa UPSI sekiranya kelewatan penempatan benar-benar berlaku.

Berikut merupakan petikan e-mel yang dikirim kepada UPSIkini.


Isu posting... Berjaga-jaga...

Dikejutkan dengan berita tentang posting awal PISMK pada tahun ini rupa-rupanya merebak pada institusi pendidikan lain.. Kembar kita di seberang sana iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sedang hangat memperkatakan tentang isu sama ada posting pada tahun hadapan akan dibekukan. Sebaliknya kita di IPIS masih lagi bertelingkah tentang perkara-perkara remeh temeh seolah-olah masih berada di sekolah lagi. Alasan-alasan merundumnya ekonomi negara yang diberi menyebabkan kita bakal-bakal guru hanya menunggu keputusan daripada kerajaan tanpa boleh melakukan apa-apa tindakan. Risau juga kalau nasib kita sama dengan saudara dan saudari di UPSI sana. Berbaloikah 5 tahun kita di sini? Beberapa kenyataan yang diambil dari laman web http://www.upsikini.blogspot.com/ akan kita kongsikan bersama supaya kita sentiasa berwaspada dan berjaga-jaga. Jangan hanya bersandar dengan senang lenang sahaja di sini tanpa mengetahui apa yang berlaku di luar sana.

Cuma lewat bukan beku, TNC A&A sahkan kenyataan masalah ‘posting’

Tanjong Malim, 6 Oktober – “Bukan beku cuma dilewatkan.”Berikut kenyataan spontan Prof Dr. Zakaria Kasa, Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa UPSI ketika menjelaskan perkara tersebut kepada Nur Aqilah Hanis, Exco Akademik & Kerjaya MPP yang menemui beliau awal pagi semalam.

Menurut Zakaria, apa yang diucapkannya dalam acara perasmian 'Simposium Halatuju Pendidikan Fizik Di Malaysia' tempoh hari merupakan kenyataan yang harus diterima semua pihak terutama di pihak pelajar kerana ia bukan sahaja melibatkan UPSI malah seluruh institusi yang menawarkan program pendidikan.

Dalam pada itu katanya, punca utama keadaan ini berlaku adalah disebabkan kelembapan ekonomi negara dan masalah kewangan yang dihadapi dalam pentadbiran Kerajaan Malaysia.

Ketika ditanya adakah isu lambakan guru menyumbang kepada tindakan tersebut, beliau berkata masalah utama adalah kewangan namun di pihak Institut Perguruan (IPG) yang ditadbir di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga dilaporkan akan mengeluarkan graduan pertama Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan sedikit sebanyak menambah bilangan bakal guru.

Sementara itu, pihak KPM sememangnya akan memberi keutamaan kepada pemegang Biasiswa KPM untuk ditempatkan ke sekolah-sekolah selepas tamat pengajian.

DPLI tak terkecuali


Pelajar-pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) juga dikatakan tidak terlepas daripada isu lewat ‘posting’ seperti yang dihadapi bakal graduan lain di semua IPTA dan IPG tahun depan.

Dalam penjelasan Zakaria dalam perbincangan bersama Nur Aqilah Hanis, Exco Akademik & Kerjaya MPP, pelajar-pelajar DPLI juga bakal menghadapi situasi yang sama dengan bakal graduan lain dalam isu ‘posting’ ini.

Jelasnya, DPLI juga berkemungkinan lewat ditempatkan ke sekolah-sekolah selepas mereka menamatkan pengajian mereka tahun hadapan, tidak seperti pelajar DPLI sebelum-sebelum ini.

Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan kepada semua warga UPSI agar tidak meletakkan kesalahan atau punca masalah ini kepada pelajar DPLI kerana program ini merupakan program di bawah KPM dan pelajar DPLI yang terpilih hanyalah individu yang mengisi pelaksanaan program tersebut bagi menjayakannya.

Ditanya apakah akan ada lagi pengambilan DPLI selepas ini, beliau berkata tidak ada lagi pengambilan DPLI selepas ini, pengambilan ini adalah yang terakhir.

Pelajar UPSI perlu bersedia dan terima hakikat


Zakaria juga dalam penjelasannya meminta agar semua pelajar UPSI bersiap sedia dengan makluman awal ini dan harus menerima hakikat bahawa keadaan seperti ini pasti akan berlaku dan secara kebetulan masalah tersebut timbul pada ketika ini.

Namun katanya, ini bukanlah bermakna palajar langsung tidak berpeluang untuk menjadi guru, cuma pelajar perlu mempelbagaikan kemahiran supaya peluang untuk masa depan juga akan lebih luas.

Tuesday, October 6, 2009

MUTTHQ..

Pastinya ramai yang tertanya-tanya tentang MUTTHQ kan? MUTTHQ adalah singkatan bagi 'Majlis Ujian Tilawah, Tafsir, Hafazan Al-Quran". Tahun ini Alhamdulillah IPIS dipilih sebagai tuan rumah. Pertandingan yang melibatkan semua Institut Pendidikan Guru Malaysia ini diadakan selama 4 hari iaitu pada 5-8 Oktober 2009.. Ahlan wasahlan wa marhaban bikum kepada semua peserta. Istimewanya pertandingan kali ini sebab buat kali pertama majlis ini diserikan dengan pertandingan akhir nasyid setelah menjalani saringan di Ipoh. Jadual pertandingan yang dijalankan seperti berikut :

5 Okt 2009 (Isnin)

2.00 ptg - Pendaftaran peserta di Kolej Za'ba UKM

6 Okt 2009 (Selasa)

8.00-10.30 pg - sesi 1 : 14 peserta perempuan
11.00- 12.30 tghari – sesi 2 : 13 peserta perempuan
2.00-5.00 ptg – sesi 3 : Nasyid akhir (7 kumpulan)

7 Okt 2009 (Rabu)

8.00-10.30 pg – sesi 5 : 14 peserta lelaki
11.00-12.30 tghari – sesi 6 : 13 peserta lelaki

8 Okt 2009 (Khamis)

8.00-12.30 tghari – Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah

Pertandingan tafsir diadakan di dewan syarahan, pertandingan hafazan di masjid dan pertandingan tilawah serta pertandingan nasyid di dewan besar. Wakil kelas kami yang turut menyertai pertandingan ini ialah Mohd Hakimi bin Hashim dan Siti Azizah Binti Muhammad sebagai peserta hafazan lelaki dan perempuan. Semoga kedua-duanya dapat buat yang terbaik untuk kali terakhir sebelum meninggalkan IPIS, Insya Allah..

Wednesday, September 30, 2009

Kursus Pemantapan Imam dan Bilal


Memang agak janggal bunyinyakan? Lebih-lebih lagi pesertanya ada yang di kalangan perempuan. Tapi yang janggal tu la banyak sangat kelebihannya. Walaupun assigment perlu dihantar minggu depan tapi sisa-sisa masa yang ada perlu diisi dengan menambahkan ilmu-ilmu wajib sebelum dipostingkan ke mana-mana tempat yang ditetapkan. Maklumlah title 'ustaz' dan 'ustazah' menggambarkan ilmu yang cukup tinggi dan boleh dipercayai oleh masyarakat setempat walaupun hakikatnya mungkin tidak begitu. Di sini kami sertakan beberapa butir program dan jadual aktiviti kami selama 3 hari ini:

Tarikh : 29 September - 1 Oktober 2009
Hari : Selasa-Khamis
Tempat : Dewan Syarahan Al-Marbawi, IPIS
Sasaran: Pelajar PISMK OUM dan KPLI ambilan Julai 2009

Jadual program:

Selasa

8.00-9.00 pg - Panduan Hafazan oleh Us. Hasim
9.00-10.00 pg - Taklimat Disiplin Program oleh En Mohd Zin
10.30-12.30 pg - Tatacara Profesional Imam dan Bilal oleh Us. Razak Mahadi
2.30-4.30 ptg - Solat : Ta'rif, Hukum, Jenis, Syarat Sah dan Syarat Wajib
oleh Us. Ismail Che Ku
9.00-11.00 mlm - Solat : Rukun, Sunat-sunat dan Perkara yang Membatalkan Solat oleh Us. Jabar

Rabu

8.00-10.00 pg - Solat Jemaah : Hukum, Fadhilat dan Kedudukan Makmum oleh Us. Zuraini
10.30-12.30 pg - Solat Jumaat dan Khutbah oleh Us. Sabri Ahmad Zabidi
2.30-4.30 ptg - Praktikal 1 (Al-Fatihah, Bacaan Lain dalam Solat, Tasmi', Hafazan
Surah, Wirid dan Doa) oleh Semua Pensyarah JAPIM, JQS dan JBA
9.00-11.00 mlm - Persiapan khutbah

Khamis

8.00-10.00 pg - Persoalan-persoalan dalam Solat oleh Us. Abd Hamid Sulaiman
10.30-12.30 pg - Praktikal 2 (Khutbah Jumaat oleh peserta)
2.30-4.30 ptg - Majlis Penutup Kursus

Wednesday, September 16, 2009

Cuti Khas Aidilfitri..


Berita hari ini cuti khas akan diberikan kepada sekolah-sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tanpa perlu menggantikannya atau menjadikannya cuti peristiwa. Berita ini sekaligus memansuhkan kenyataan Cikgu Mohd Zin baru-baru ini supaya pelajar mem'burn'kan tiket mereka bagi sesiapa yang berniat untuk pulang sebelum hari Jumaat, hehe.. Seronoklah individu-individu yang tak sabar nak balik ke kampung masing-masing. Tak payah la nak naik teksi ye. Ini dia berita terkini yang diperolehi setakat ni:


Sekolah cuti khas Jumaat ini

16/09/2009 4:42pm


PUTRAJAYA 16 Sept. — Kerajaan memberikan cuti khas Jumaat ini kepada semua sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata, pemberian cuti khas itu melibatkan semua sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran.

Kabinet membuat keputusan tersebut dalam mesyuaratnya hari ini bagi membolehkan ibu bapa membuat perancangan awal perjalanan keluarga bercuti di kampung halaman masing-masing dan mengelakkan kesesakan jalan raya, katanya dalam kenyataan media.

Berikutan keputusan Kabinet itu, surat kementerian berkaitan cuti tambahan sempena hari raya sebelum ini adalah terbatal. - Bernama

Ijtima' Hari Raya PPISMP MPI 2004-2005


Pengumuman!
Kepada semua ex-student PPISMP MPI (2004-2005), satu Perjumpaan Ijtima' Hari Raya Aidilfitri akan diadakan bagi mengumpulkan sahabat-sahabat kelahiran MPI dari semua IPGM iaitu dari IPIS sendiri, IPDA, IPBA, IPIP, IPPM serta Institut di Sabah dan Sarawak. Butir-butir ijtima' tersebut adalah seperti berikut:

Tarikh : 2 - 3 Oktober 2009
Hari : Jumaat dan Sabtu
Tempat : Bilik Taranum IPIS


Bagi menjayakan program reunion ini, anda yang berkenaan dikehendaki untuk :

1) Menconfirmkan kehadiran selewat-lewatnya pada 28 September 2009 kepada Ahmad Munsif bin Ismail (013-3643345) atau Norsyahidah bt Muzakir (013-2043345).

2) Menghantar nama penuh, no kad pengenalan, alamat rumah, alamat institut yang terkini, email, alamat blog (jika ada) serta gambar terkini ke email pismkpis@gmail.com selewat-lewatnya pada 28 September 2009 bagi memudahkan pengurusan program reunion pada masa akan datang.

Sekiranya anda tidak berbuat demikian, maklumat diri anda tidak akan dikemaskinikan.

Kemudahan tempat penginapan disediakan.

Sebarang masalah sila hubungi kami dengan segera.

AJK yang terlibat :

Pengarah : Mohd Firdaus Adam
Timbalan Pengarah : Noor Zaeema
Penyelaras Program : Ahmad Munsif
Timbalan Penyelaras Program : Norsyahidah
Setiausaha : Mohd Firdaus Saad
Naib Setiausaha : Siti Azizah
Bendahari : Nik Azman
Naib Bendahari : Nurfarhana
Seranta : Mohd Firdaus Adam dan Dy Ezreny
Perhubungan dan Publisiti : Ahmad Munsif, Norsyahidah dan Aishah
Makanan : Mohd Syuhill, Noor Nasuha dan Nurfarhana
Persiapan Tempat : Nik Azman dan Shazana
Penerbitan : Ridhiallah, Muslihah, Nurul Wahida dan Nurul Hafazah
Tugas-tugas Khas : Mohd Azmil, Noor Zaeema dan Thuaibatul Akmar
Pengangkutan : Mohd Hakimi, Farhanna dan A'sah

Penginapan dan Sambutan : Sufiayan Anas, Aminah Syuhada dan Saleha

Tentatif Program :

2 Oktober 2009 (Jumaat)

6.00 petang - Ketibaan / Penginapan
- Aktiviti bebas

3 Oktober 2009 (Sabtu)

7.30 pagi - Sarapan
8.30 pagi - Mengambil tempat di Dewan Syarahan Marbawi
- Slot Taaruf / Ramah Mesra
- Perkongsian Antara Pelajar (Wakil Kampus)
10.00 pagi - Minum pagi
10.30 pagi - Dialog / Forum
12.00 tengahari - Majlis Penutup
12.45 tengahari - Jamuan Hari Raya dan Bersurai