Friday, April 30, 2010

Pensyarah, guru jangan merungut

Keputusan panggilan temuduga guru untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru diumumkan dan anak saya gagal dipanggil untuk temuduga tersebut. Saya agak kecewa tetapi redha kerana keputusan SPMnya tidak sebaik pelajar lain. Tetapi yang lebih mengecewakan ialah mereka yang telah bekerja sebagai guru dan pensyarah masih merungut tentang beban kerja mereka.

Para guru dan pensyarah di zaman sekarang perlu menerima keadaan semasa. Mereka perlu sanggup menerima beban kerja yang semakin bertambah seiring dengan zaman yang mencabar sekarang. Apalah sangat sekiranya terpaksa bekerja hingga lewat petang atau malam. Anda masih bernasib baik kerana kerja dan pendapatan anda amat terjamin. Tidak perlu risau kehilangan kerja. Anak-anak terjamin ada tempat tinggal dan makan minum. Bayaran ansuran kereta anda juga terjamin dapat dibayar walau untuk sembilan tahun lagi.

Bandingkanlah dengan mereka yang dulunya sama-sama memohon ingin menjadi guru seperti anda tetapi gagal dan sekarang terpaksa bekerja di syarikat swasta. Mereka terpaksa bekerja bertungkus lumus supaya tidak dipecat. Ada yang sanggup mengambil beban kerja yang lebih semata-mata tidak ingin dipecat dan membantu syarikat mengharungi keadaan yang sukar. Malam pula terpaksa buat kerja sampingan untuk menambah pendapatan.

Jika kita lihat sekarang mana ada kerja yang mudah. Semua orang terpaksa bertungkus lumus untuk mencari pendapatan dan bekerja dengan lebih kuat. Ini bermaksud kita terpaksa menerima beban kerja yang bertambah. Tidak ada masa lagi untuk balik rumah untuk berkebun atau memancing.

Sesuatu yang menghairankan, ada segelintir guru dan pensyarah yang sempat membuat jualan langsung dan ada juga yang cuba menjadikan pelajar mereka sebagai ejen bawahan mereka. Masih ada masa pula.

Arwah bapa saya juga adalah seorang guru. Saya pernah melihat beliau membawa pulang kerja sekolah untuk diselesaikan di rumah dan bekerja hingga malam. Apa yang menghairankan, beliau tidak pernah merungut tentang beban kerja tersebut.

Sepanjang tugas beliau selama lebih 20 tahun beliau tidak pernah mengambil cuti sakit. Beliau pernah ke rumah pelajar yang ponteng dan memaksa pelajar tersebut ke sekolah. Ini adalah kerja lebih yang beliau sendiri rela lakukan untuk kebaikan pelajarnya. Adakah ini bebanan kepada cikgu sekarang? Menyelesaikan tugasan bukanlah bebanan tetapi tanggungjawab.

Guru-guru dan pensyarah tidak dihalang untuk berhenti sekiranya tidak sesuai dengan kerja tersebut. Berhentilah dan marilah bersama kami di luar ini yang hidup ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Tak kais, tak makan.

Guru dan pensyarah yang membuat jualan langsung dan perniagaan berhentilah dan marilah bersama kami mengharungi kehidupan ini di dalam dunia perniagaan. Di masa itu mungkin baru anda akan sedar kerja anda sekarang membebankan atau tidak.

Belajarlah tentang pengurusan masa dan keutamaan kerja, atau sekiranya anda rasa ditindas oleh jabatan atau kementerian anda, buatlah laporan ke Jabatan Buruh sekiranya anda benar.

Bersyukur dan berterima kasihlah dengan rezeki yang ada. Pesan bapa saya, kita perlu taat dengan kerja kita, pasti hati akan merasa tenang.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada sekelian guru saya dan guru anak-anak saya yang mengajar tanpa jemu dan penuh dedikasi. Apa yang anda lakukan adalah lebih daripada apa yang kami harapkan. Terima kasih cikgu!

***terima kasih pada rakyat Malaysia yang memberi semangat kepada para guru untuk terus mendidik murid-murid yang semakin 'pesat' minda dan tingkah laku mereka

2 comments:

  1. dari sudut pandangan peribadi...ingin saya katakan adalah menjadi sesuatu yg mudah bagi kita utk menilai atau mengkritik keluhan seseorang terhadap bebanan yg di tanggungnya (fokus pada keluhan penysarah dan guru yg di kiritik hebat dalam post ni...) tetapi kita terlupa...pernahkah kita terjerumus dalam bidang pendidikan masa kini? pernah kah kita hadapi beban kerja sperti yg di hadapi oleh para pensyarah dan guru yg dianggap x bersyukur dgn apa yg ada? pekerjaan sbg guru x same mcm kerja2 yg lain...penat yg di tanggung melibatkan fizikal dan mental...andai berlaku sebarang kesilapan atau kekurangan pd murid, maka dengan mudahnya guru akan dipersalahkan...saya juga seorang guru baru yang sudah mula nampak akan realiti hidup sebagai pendidik ni...oleh itu ingin saya nasihatkan kepada mereka yang diluar sana yang hanya tahu mengkritik apabila terdengar keluhan dari seorang guru, pensyarah,cubalah menilai dunia pendidikan dari kaca mata seorang pendidik...cuba fahami situasi dan keadaan hidup sebagai pendidik masakini...nilailah dengan perasaan ingin membina...tugas sbg guru pada zaman dahulu dengan realiti beban kerja guru zaman sekarang tersangat2lah jauh bezanya....

    ReplyDelete
  2. salam,

    saya seorang pensyarah. sy ingin memberi komentar sedikit berkaitan pandangan tersebut. ia tidak tepat. kini beban pensyarah sudah melebihi tahap kemampuan yang boleh ditangani pensyarah. bayangkan ini: mengajar 2 subjek, mengajar PJJ hujung minggu (9am-6 pm straight for 6 hours), 12 students to supervise, conducting research at the same time, publishing, organising seminars, committees members for various events at university. all these happen concurrently. belief me, jika ada yg mengeluh, they have reasonable reason to do so.

    and terjamin?? i think you must know and learn first new policy in most universities in malaysia nowadays. we are no different with private sector. publish or perish. you can ask universities lecturers especially those who come from well establish universities and how things going in universities nowadays. i'm confident they will echo similar concerns.

    bukan tak bersyukur. alhamdulillah rezeki allah kurniakan, tapi things nowadays terasa simply out of hands. dah rasa tak boleh catch up with all the workloads and demands. its getting harder and harder to secure your position in universities.

    adakah salah jika merasa burnout and feeling as you wanna burst out??

    ReplyDelete